Sunday, June 22, 2025

Barang kosmetik RM26,000 dirampas APMM

Sebahagian daripada barang kosmetik yang dirampas.

Oleh Nilam Raon

SEMPORNA (Khamis 10 Ogos): Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk barangan kosmetik dianggar bernilai lebih RM26,000 di Perairan Utara Pulau Gaya di sini pagi Khamis.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, bot peronda APMM telah menerima maklumat risikan kira-kira jam 1.55 pagi tadi dan mengesan sebuah bot bergerak dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, ketika dihampiri untuk pemeriksaan, tekong bot telah bertindak nekad melarikan diri dengan terjun ke laut dan berenang ke arah kawasan perkampungan di sekitar Pulau Gaya, Semporna.

“Hasil pemeriksaan menemukan beberapa buah kotak mengandungi barangan kosmetik pelbagai jenama dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan sekitar daerah Semporna,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kes katanya, disiasat di bawah Akta Kastam 1967 Seksyen 135 (1) (a).

Amir berkata, APMM Zon Maritim Semporna akan terus memperkasa rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan hot spot terutamanya sekitar sempadan perairan negara untuk membanteras penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Sabah melalui jalan laut.

Beliau turut menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyeludupan atau lain-lain kegiatan jenayah maritim ke Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999.

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img