Sunday, June 22, 2025

Sabah mampu lahir ramai pelajar cemerlang: Tangau

Tangau diberikan taklimat peluang melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi.

Tangau menyaksikan pameran pendidikan sempena Karnival SMATSTEP 2.0 di SMK Tun Fuad Stephens Kiulu.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary

KIULU (Khamis 10 Ogos): Sabah mampu melahirkan ramai pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), kata Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Katanya, pelajar cemerlang dalam mata pelajaran sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi boleh dibentuk menjadi golongan berkemahiran tinggi apabila mereka masuk institusi pendidikan tinggi.

“Ini dapat dibuktikan apabila saya berpeluang hadir program karnival berkaitan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens Kiulu.

“Karnival dikenali SMATSTEP 2.0 itu hasil buah fikiran majlis apresiasi pelajar SPM dan STPM 2022 di SMK Tun Fuad Stephens Kiulu,” katanya di majlis penutupan karnival itu di sini.

Tangau menyifatkan program itu penting untuk memberi pendedahan awal melalui pameran kerjaya dan tawaran kursus dalam bidang berkaitan oleh pelbagai institusi seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK) dan institusi lain.

Majlis itu turut meraikan kejayaan 31 pelajar SPM dan 22 pelajar STPM tahun lalu.

“Saya difahamkan ada peningkatan kualiti keputusan peperiksaan pelajar sekolah itu setiap tahun,” katanya.

Tangau mengakui bangga dengan kejayaan pelajar Arnie Jaliusih, yang menjadi pelajar tunggal SMK Tun Fuad Strphens memperolehi keputusan cemerlang dengan purata mata gred kumulatif (CGPA) 4.0 STPM 2022.

“Saya ingin berkongsi bahawa kecemerlangan membabitkan proses bermula dengan budaya menghadiri sesi persekolahan secara konsisten, memupuk budaya ingin tahu dan semangat untuk bertanya,” katanya.

Sehubungan itu, Tangau berharap kisah pelajar terbabit menjadi inspirasi pelajar lain supaya terus bermotivasi dan maju bagi melahirkan generasi muda Sabah yang mahir dalam sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi.

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img