Home Berita Penunggang motosikal maut dalam nahas jalan

Penunggang motosikal maut dalam nahas jalan

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Oleh Nilam Raon

TAWAU (Isnin, 14 Ogos): Seorang lelaki terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ketika dalam perjalanan dari arah Apas Permai menuju ke Jalan Apas.

Ketua Polis Daerah, ACP Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian kemalangan jam 8.50 malam itu, mangsa berusia 24 tahun yang menunggang bersendirian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa dipercayai telah hilang kawalan selepas motosikal yang ditunggangnya tergesel dengan pembahagi jalan lalu terbabas.

“Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya dan sebarang maklumat boleh salurkan kepada balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kes disiasat di bawahSek.41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

NO COMMENTS

Exit mobile version