Home Berita MDT tebang pokok demi keselamatan pengguna jalan

MDT tebang pokok demi keselamatan pengguna jalan

Jentera yang digunakan pekerja MDT menebang pokok di Berungis Commercial Centre Tuaran.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary

TUARAN (Selasa 15 Ogos): Majlis Daerah Tuaran (MDT) bertindak pantas menebang pokok yang membahayakan keselamatan pengunjung berhampiran premis perniagaan Berungis Commercial Centre di sini.

Tindakan itu diambil ekoran kebimbangan pengunjung pekan itu mengenai beberapa pokok di kawasan itu yang kelihatan seolah-olahh ia bakal tumbang.

MDT dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai berkaitan pokok yang hampir tumbang di Berungis Commercial Centre itu.

“Ekoran maklumat itu, MDT menghantar pekerja untuk membersihkan pokok berkenaan demi keselamatan penduduk di sekitar sana.

“Pekerja kami sudah melakukan kerja menebang pokok dan pembersihan di kawasan berkenaan,” katanya.

NO COMMENTS

Exit mobile version