Home Berita 300 penyewa hadiri taklimat duduki PPR Gayang Dua Tuaran

300 penyewa hadiri taklimat duduki PPR Gayang Dua Tuaran

Penyewa PPR Gayang Dua, Tuaran yang hadir dalam taklimat pemilikan unit rumah berkenaan.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary 

TUARAN (Selasa 15 Ogos): Seramai 300 penyewa berjaya dalam permohonan mereka untuk menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gayang Dua di sini.

Penyewa terbabit menghadiri taklimat menduduki premis itu daripada Majlis Daerah Tuaran (MDT), Syarikat Pengurusan Buildser Property Management Sdn Bhd dan Sabah Electricity Berhad (SESB) di Bangunan MDT di sini, Isnin.

MDT dalam satu kenyataan berkata, antara kandungan taklimat itu adalah peraturan menduduki unit PPR dan cara mohon pemasangan meter elektrik di setiap unit PPR terbabit.

Program taklimat, tandatangan surat perjanjian, pembayaran wang pendahuluan, cabutan lot dan penyerahan kunci unit rumah diadakan sekali.

Sehubungan itu, MDT berterima kasih kepada penerima dan penyewa yang hadir memberikan komitmen dan kerjasama hadir bagi melancarkan program itu.

Selain itu, MDT berharap setiap penerima mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dan dipersetujui dalam perjanjian ditandatangani.

NO COMMENTS

Exit mobile version