Saturday, July 12, 2025

Hajiji saksi MoU KKIP, McDonald Malaysia bangunkan hab pembekalan makanan 

Hajiji menyaksikan MOU di antara McDonald’s Malaysia dan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) di Restoran McDonald’s Pandu-Lalu, Jalan Sulaman 2, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Ketua Menteri  menandatangani plak perasmian bagi merasmikan restoran McDonald’s Pandu-Lalu Jalan Sulaman 2, Kota Kinabalu pada Jumaat.
Hajiji saksikan penyerahan zakat korporat oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Dato’ Azmir Jaafar kepada Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Ramlan Awang Ali.


KOTA KINABALU (Jumaat 18 Ogos): Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor merasmikan restoran McDonald’s Pandu-Lalu Jalan Sulaman 2 pada Jumaat.

Beliau turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) diantara McDonald’s Malaysia dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) untuk membangunkan Hab Pembekalan Makanan Bersepadu yang lengkap untuk syarikat khidmat segera itu di Malaysia Timur.

MOU itu merupakan jalinan kerjasama yang akan menyaksikan pemerolehan empat ekar tanah di kawasan milik KKIP bagi pembinaan hab pembekalan makanan itu.

Hab ini akan melibatkan tiga pembekal utama McDonald’s Malaysia iaitu Bimbo QSR, Tyson Foods dan HAVI Logistics yang akan mendirikan kilang, gudang dan pusat penghantaran.

Menandatangani MOU itu bagi pihak McDonald’s ialah Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Dato’ Azmir Jaafar, KKIP diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Encik Laurence Kimkuan, Bimbo QSR diwakili oleh Naib Presiden Transformasi Global Natasha Galavotti, Tyson Foods diwakili oleh Naib Presiden, Unit Perniagaan Malaysia Victor Sim dan HAVI Logistics Malaysia diwakili oleh Timbalan Pengurus Besarnya Dominic Alexander Lopez.

Hajiji menyambut baik rancangan McDonald’s mewujudkan Hab Pembekalan Makanan Bersepadu di KKIP dan membuka lebih banyak restorannya di Sabah kerana ia bukan sahaja dapat membantu merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat, malah turut mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

“Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan usahasama antara syarikat-syarikat franchise dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri bagi menerokai potensi perniagaan yang akan memberi manfaat kepada negeri ini”, katanya.

Dalam majlis sama, McDonald’s Malaysia turut menyerahkan pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM100,000 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk diagihkan kepada golongan asnaf di Sabah.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE), Phoong Jin Zhe yang juga Pengerusi KKIP, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip.

Hot this week

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

Topics

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img