Sunday, July 13, 2025

Jenazah nahas pesawat hanya ‘dikeluarkan’ Isnin ini

Anggota keselamatan mengusung mangsa nahas Elmina.

KLANG (Jumaat 18 Ogos): Jenazah mangsa nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis, hanya boleh ‘dikeluarkan’ dari hospital seawal Isnin ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan perkara ini yang dinyatakan oleh Tan Sri Razarudin Husain.

Menurut laporan Berita Harian, sehingga Jumaat, ada kira-kira 200 cebisan badan ditemui di lokasi nahas itu yang dihantar ke jabatan kimia untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

“Pihak berkuasa menemui sejumlah 200 anggota badan yang terdiri daripada bahagian badan, kepala, kaki dan lengan.

“Cebisan iaitu ‘humans remain‘ atau HR1 hingga 14 adalah cebisan anggota yang besar manakala HR15 dan seterusnya ialah cebisan yang besar.

“Unit forensik akan membuat ujian selepas itu ia akan dihantar ke Pejabat Kimia yang akan melakukan proses pengecaman. Proses itu bukan hanya membabitkan DNA waris tetapi pengecaman kepada mangsa juga,” katanya.

Menurutnya, proses berlangsung dalam tempoh yang agak lama iaitu berkemungkinan seawal Isnin. Ia mungkin berlarutan dari tempoh itu.

Beliau berkata demikian dalam taklimat ringkas kepada waris di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Razarudin Husain juga menasihati waris dan keluarga nahas untuk pulang menenangkan diri di kediaman dan rumah penginapan masing-masing.

Beliau turut meminta waris untuk memahami keadaan semasa termasuk kesukaran untuk membuat pengecaman disebabkan keadaan jenazah yang tidak sempurna.

Kejadian yang berlaku pada Khamis menyebabkan 10 maut dalam nahas itu, termasuk dua di atas jalan raya.

Hot this week

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Topics

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img