Sunday, July 13, 2025

Notis merah jika isu kebersihan Semporna tidak ditangani segera

Tiong

Oleh Nilam Raon

SEMPORNA (Jumaat 18 Ogos): Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengeluarkan notis merah sebagai tindakan terakhir kepada daerah Semporna jika isu kebersihan yang membimbangkan di daerah itu tidak ditangani segera.

Menterinya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, pihaknya menerima beberapa aduan daripada pengunjung dan pelancong mengenai isu kebersihan daerah yang terkenal sebagai destinasi pelancongan itu.

Kebanyakan aduan adalah mengenai persekitaran yang kotor dengan lambakan sampah sarap yang teruk.

Menurutnya, berlaku juga isu keracunan makanan, perkhidmatan hospitaliti yang ditawarkan tidak berpatutan dengan harganya membabitkan tuala, sarung bantal, cadar kotor, gangguan serangga dan lain-lain.

“Saya telah dimaklumkan menerusi beberapa aduan yang kurang menyenangkan daripada mereka yang pernah berkunjung ke Semporna dan saya juga telah mengangkat isu ini dalam Mesyuarat Pasca Kabinet,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tiong berkata, pasukan MOTAC yang diketuai Timbalan Menteri akan melawat Sabah untuk melakukan pemeriksaan dalam masa terdekat.

“Saya mengambil serius terhadap setiap aduan ini dan saya juga tidak menafikan bahawa ini bukanlah isu yang baru berlaku di sini tetapi sudah lama berlaku sejak beberapa bulan yang lalu. Saya sendiri pernah memberi penekanan agar pihak berkaitan mengambil tindakan dengan kadar segera. 

“Namun, saya berasa kecewa kerana ianya masih berulang dengan terbaru saya menerima aduan berkaitan keracunan makanan sehingga pesakit mengalami cirit-birit dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan terapi intravena (IV),” katanya lagi.

Jelasnya, insiden itu amat serius kerana ia berisiko mengancam kesihatan dan keselamatan orang awam dan para pelancong.

“Saya memohon dan merayu kepada semua pihak yang berkenaan di Semporna untuk mengambil tindakan tegas dan segera demi keselamatan serta kesihatan pelancong.

“Ini sekaligus mengelak kesan buruk kepada sektor pelancongan negara dan meniejaskan imej industri pelancongan negara kita,” ujarnya.

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img