Tuesday, June 24, 2025

Penduduk Tawau kibar Jalur Gemilang raih kemerdekaan

Hadirin meriahkan Program Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Perbandaran Tawau 2023 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Lo melepaskan Kembara Merdeka Jalur Gemilang dari daerah Kalabakan ke Kota Kinabalu bagi melengkapkan laluan perjalanan sejauh 2,300km.

Oleh Nilam Raon

TAWAU (Sabtu, 19 Ogos): Sebanyak 1,000 bendera Jalur Gemilang diagihkan kepada penduduk sekitar daerah ini sebagai usaha menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan.

Pengagihan bendera itu dilakukan pada Program Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Perbandaran Tawau 2023 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT), di sini Sabtu.

Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui yang melancarkan program itu berkata, setiap rakyat negara ini perlu mengambil peluang menjayakan bulan sambutan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Menurutnya, mengibar Jalur Gemilang bukan sahaja sebagai tanda cinta kepada negara tetapi ia mampu mengukuhkan semangat perpaduan antara rakyat berbilang kaum untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan.

“Jalur Gemilang ini jika mampu kita perlu beli sendiri kerana bendera ini bukan sahaja meraihkan hari kemerdekaan tetapi pengukuh kepada semangat perpaduan terhadap kecintaan kepada negara.

“Kibarkanlah Jalur Gemilang di bangunan-bangunan pejabat, kediaman anda dan juga tidak lupa kepada peniaga untuk mengibarkan di setiap premis perniagaan mereka,”katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, inisiatif masyarakat di pantai Timur ini mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan sangat memberansangkan.

“Kita melihat masyarakat di pantai timur Sabah ini banyak mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang laluan yang kita lalui ketika Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang,” katanya.

Jelasnya, Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang itu disertai 66 peserta dari pelbagai agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Kembara Merdeka itu turut disertai anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan rakan strategik yang melalui laluan perjalanan sejauh 2,300 kilometer selama 14 hari.

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img