Monday, June 23, 2025

Kelab Wiki Kent perkasa bahasa KDMR

Pengarah IPGK Kent Dr Hamidah Samsudin menyampaikan ucapan dan merasmikan Kelab Wiki Kent

SINGAPURA (Ahad 20 Ogos): Kelab Wiki Kent kini telah menjadi rakan strategik Wikimedia Malaysia selepas dirasmikan pelancarannya oleh Pengarah IPG Kampus Kent, Sabah, Dr. Hamidah Samsudin, pada Jumaat di Suntec Convention and Exhibition Centre di sini.

Hamidah berkata, tujuan penubuhan kelab tersebut adalah untuk memperkasakan bahasa Kadazandusun, selain untuk memperkenal dan mempromosikan bahasa ini sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Wikipedia ini merupakan salah satu saluran yang sangat cepat untuk menyampaikan maklumat, jadi kami melihat peluang ini amat sesuai untuk diusahakan oleh IPG Kampus Kent, Sabah sebagai Tier 1 peneraju latihan guru Bahasa Kadazandusun di Malaysia kerana mempunyai bakal pendidik yang sudah terlatih dalam Bahasa Kadazandusun.

“Insya-Allah dengan adanya pelajar-pelajar kita di IPG ini yang akan menjadi pendidik dalam bahasa ini, ia dapat memberi ruang kepada mereka untuk memastikan generasi pelapis terus memelihara Bahasa Kadazandusun,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia Dody Ismoyo berkata, ada lebih 60 dialek dan 150 sub dialek bahasa rumpun Dusunik sudah menjadi kamus dalam ensiklopedia percuma terbesar dunia yang dikenali Wikipedia setakat ini.

Antara bahasa rumpun Dusunik yang dikenalpasti adalah dialek Bundu, Liwan, Talantang, Lobu, Tindal, Tinagas dan Tangaa.

“Pendekatan digitalisasi ini amat penting terutama mengenai kosa kata bahasa daripada kaum-kaum etnik yang semakin kurang digunakan oleh generasi muda di negara ini.

“Saya harapkan lebih ramai lagi individu, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama membantu Wikimedia Malaysia dalam usaha memartabatkan semua bahasa daripada pelbagai kaum dan etnik di Malaysia supaya tidak pupus,” katanya.

Persidangan Wikimania 2023 edisi ke-18 yang berlangsung pada 16 hingga 19 Ogos, menghimpunkan lebih 3,000 perwakilan dari 138 negara untuk meraikan ‘Wikimedians’ dan sukarelawan yang menyumbang kepada projek Wikipedia.

Turut hadir dalam majlis Perasmian Kelab Wiki Kent ialah Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun Linah Bagu, Mohd. Taufik Rosman, Dr Rosie Jhonny dan Rosmawati Ebbie. – Bernama

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img