Sunday, July 13, 2025

Dua menteri persekutuan kunjungi Hajiji

Hajiji bersama Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin pada pertemuan di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Isnin.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor bersama Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu Isnin.

KOTA KINABALU (Isnin 21 Ogos): Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada dua Menteri Persekutuan di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin. 

Mereka ialah Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar. 

Delegasi Alexander disertai oleh timbalannya Dato Sri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad, Timbalan KSU, Dato’ Zahrul Hakim Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir.Ahmad Redza Ghulam Rasool. 

Hajiji diberi taklimat mengenai pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya persekutuan dan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan dan pembinaan kemudahan infrastruktur di Sabah. 

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir.Shahelmey Yahya dan Pembantu-Pembantu Menteri iaitu Datuk Limus Juri dan Datuk Robert Tawiq. 

Sementara itu, V Sivakumar diiringi oleh timbalannya Mustapha Sakmud dan Timbalan KSU (Dasar dan Antarabangsa) Dato’ Amran Ahmad. 

Hajiji turut mengadakan pertemuan bersama 5 orang Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli Parlimen Tenom, Encik Riduan Rubin. 

Hajiji turut mengadakan pertemuan bersama 5 Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan seorang Ahli Parlimen bebas termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin.

Ahli Parlimen lain ialah Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Keningau), Datuk Jonathan Yasin (Ranau), Datuk Matbali Musah (Sipitang) dan Lo Su Fui (Tawau).

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img