Abidin (tiga kiri) bersama Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin (empat kanan) diiringi Presiden Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) merangkap Pengerusi Penganjur, Tan Sri T C Goh, ketika gimik perasmian sempena Kota Kinabalu Torch Run 2023, di Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu Ahad.

KOTA KINABALU (Isnin 21 Ogos): Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, larian obor bukan saja mampu mempromosikan budaya masyarakat Cina tetapi juga dapat menyatupadukan rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir yang mewakili Ketua Menteri merasmikan Sambutan Ke-38 Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan 2023, di sini pada Ahad, turut melahirkan rasa berbesar hati melihat sokongan padu daripada masyarakat Cina untuk acara kebudayaan seperti ini.
Persekutuan Persatuan Cina Sabah menjadi tuan rumah bagi siri ke-38 festival ini yang bertemakan ‘Cultural Kinabalu, Sharing of Prosperity Between East & West Malaysia’.