Sunday, July 13, 2025

‘Kes keracunan makanan di Semporna isu terpencil’

Dr Sahrol Nizam Abu Bakar

Oleh Nilam Raon

SEMPORNA (Selasa 22 Ogos): Pejabat Kesihatan Daerah Semporna mengesahkan hanya menerima dua laporan aduan berkaitan isu keracunan makanan membabitkan pelancong di daerah ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Semporna, Dr Sahrol Nizam Abu Bakar berkata, aduan itu diterima daripada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) membabitkan dua pelancong tempatan yang mengalami cirit-birit selepas keluar dari Semporna pada Mei lepas.

“Kita mendapat aduan ini daripada SISPA dan kemudian kita jalankan siasatan. Setakat ini isu keracunan makanan ini bagi kita adalah kes terpencil dan tidak ada sebarang aduan diterima berkaitan pelancong warga asing mengalami keracunan makanan,” katanya.

Beliau berkata sebagai mengulas isu amaran notis merah yang akan dikeluarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kepada Semporna susulan isu kebersihan, keselamatan dan keselesaan pelancong di sini.

Beikutan amaran MOTAC itu katanya, pihaknya menjalankan Operasi Khas bermula Sabtu lepas dan mengarahkan lima premis makanan daripada 39 premis yang diperiksa di pusat peranginan dan pulau pelancongan daerah ini ditutup.

“Sebanyak 18 notis pelbagai kesalahan turut dikeluarkan dalam tempoh dua hari Operasi Khas itu. Kami rancang untuk buat operasi selama seminggu sehingga 27 Ogos ini.

“Kita juga akan pergi ke pusat peranginan dan pulau pelancongan untuk membuat pemeriksaan dapur,” katanya lagi.

Beliau yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam berkata, sebanyak 66 notis pelbagai kesalahan di bawah Peraturan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 telah dikeluarkan di daerah ini sehingga 16 Ogos tahun ini.

“Dalam tempoh itu kita telah melakukan pemeriksaan ke atas 397 premis makanan dengan 255 premis adalah pemeriksaan kali pertama manakala 143 premis pula diperiksa untuk kali kedua.

“Notis ini agak banyak iaitu satu pertiga daripada premis itu ada kesalahan. Dari segi pecahan 38 peratus adalah restoran iaitu sebanyak 98 manakala dapur pusat peranginan (5),  gerai atau penjaja (135),  kantin sekolah dan dapur asrama (15) serta kilang proses makanan dan kedai roti masing-masing satu,” katanya.

Antara kesalahan majoriti yang dilaporkan adalah berkaitan pengendalian makanan seperti tidak berkasut, tidak memakai apron dan penutup kepala serta mengguna aksesori seperti cincin dan jam tangan.

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img