Sunday, July 13, 2025

Lebih 50 agensi jayakan program Sahabat Maritim Lahad Datu

KUNAK (Selasa 22 Ogos): Lebih 50 agensi kerajaan dan swasta terlibat dalam Program Sahabat Maritim Peringkat Zon Lahad Datu anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu bermula 18 hingga 20 Ogos lalu di Padang Pekan Kunak. 

Pengarahnya, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, matlamat program ini untuk merapatkan jaringan kerjasama antara Maritim Malaysia bersama agensi-agensi kerajaan dan komuniti di daerah berkenaan. 

“Program ini juga diadakan bagi memberi kesedaran tentang keselamatan dan kepentingan menjaga ekosistem di laut selain mempromosikan peranan dan tugas Maritim Malaysia dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan,” katanya di majlis penutup Program Sahabat Maritim Peringkat Zon Lahad Datu di sini semalam. 

Program mendapat kerjasama penuh Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) melalui Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS). 

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) KunakNorazlinah Bin Arif, Wakil Pejabat Daerah Kunak di bawah pimpinan Awang Mohd Yusoff (DO). 

Tema majlis ialah ‘Komuniti Prihatin, Maritim Sejahtera’ yang menampilkan pelbagai oaktiviti seperti pameran serta khidmat nasihat oleh agensi-agensi yang terlibat, gotong-royong di Sekolah Kebangsaan Kunak 1, sukan rakyat, senamrobik, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, taklimat keselamatan di laut dan cabutan bertuah. 

Dianggarkan lebih 2,800 orang mengunjungi majlis ini. Penganjur juga mengadakan tayang wayang pacak filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang bagi menyuntik semangat patriotik masyarakat setempat.

Program tahunan ini dilihat mampu memberi ruang kepada penduduk setempat untuk menjadi mata dan telinga Maritim Malaysia melalui perkongsian maklumat dan isu-isu penting dalam usaha memastikan kawasan perairan negara bebas daripada ancaman keselamatan jenayah rentas sempadan khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE). 

Maritim Lahad Datu turut memohon kepada orang ramai khususnya komuniti maritim untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat ataupun aduan berkaitan aktiviti yang mencurigakan di laut kepada Zon Maritim Lahad Datu

yang beroperasi 24 jam di talian 089-885727 atau di talian MERS 999.

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img