Tuesday, July 22, 2025

15 tong berisi petrol dibuang ke laut mengelak ditahan

Tong dipercayai berisi minyak yang dibuang ke laut.

Bot yang diguna membawa tong dirampas penguatkuasa maritim.

SANDAKAN (Rabu 23 Ogos):  Sebuah bot pancung yang membawa 15 tong berisi 375 liter petrol tanpa permit yang sah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Sandakan di perairan Sandakan, petang Selasa.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam operasi telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

Melihatnya, pihak Maritim Malaysia kemudiannya mengarahkan bot suspek berhenti untuk pemeriksaan.

Bot terbabit tidak memberikan kerjasama dan telah memecut laju sambil bertindak membuang 15 tong disyaki berisi petrol ke laut.

Bot suspek kemudiannya menuju ke perairan cetek berhampiran daratan bagi melarikan diri.

Hasil pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan, bot dengan enjin sangkut 40 kuasa kuda itu tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Nilai rampasan termasuk barang kawalan, enjin sangkut dan bot dianggarkan berjumlah sekitar RM16,000.

Kesemua rampasan dibawa masuk ke jeti Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam satu kes yang berasingan, Zon Maritim Sandakan juga berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu nama nakhoda tidak sama dengan lesen bot tersebut, Isnin lalu.

Hot this week

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Topics

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...

Bullies should face severe penalties, says KGKS president

Murkam...perpetrators to be apprehended and face appropriate consequences. KOTA KINABALU...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img