Tuesday, June 24, 2025

JKDM patahkan cubaan seludup rokok bernilai RM6.3j

Mohd Nasir Deraman (tengah) menunjukkan rokok seludup yang berjaya dirampas di persisir pantai Cowie Bay, Batu 2 Jalan Apas, pada Selasa.

Oleh Nilam Raon

TAWAU (Jumaat 25 Ogos): Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah mematahkan cubaan menyeludup rokok bernilai lebih RM6.3 juta dari Januari sehingga Julai lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Mohd Nasir Deraman berkata, nilai itu membabitkan 591 kes dengan 573 rampasan dan 17 tangkapan di seluruh Sabah.

Menurutnya, kes terbaharu pihaknya berjaya merampas rokok seludup bernilai lebih RM261 ribu berhampiran kawasan persisir pantai Cowie Bay, Batu 2 Jalan Apas, pada Selasa kira-kira jam 8.30 malam.

“Dalam kes ini kita menerima maklumat kemasukan sebuah bot mencurigakan dan sepasukan anggota telah ke lokasi kejadian lalu menemukan longgokan kotak ditinggalkan,” katanya ketika sidang media di sini Jumaat.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati rokok berkenaan berjumlah 384,000 batang yang dipercayai dibawa dari negara jiran menggunakan bot laju dan memasuki kawasan sunyi bagi mengelak dikesan anggota penguatkuasa.

“Semua rokok yang dirampas itu adalah jenama baharu ditemukan dan kita percaya untuk pasaran tempatan. Tiada tangkapan dibuat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya lagi.

Mohd Nasir berkata, kawasan persisir pantai daerah ini adalah kawasan ‘hotspot’ dan beberapa lokasi sudah menjadi kawasan pemantauan JKDM.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya dapat membantu dalam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman kes, mercun, dadah dan kenderaan di negeri ini.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat Kastam berhampiran,” katanya.

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img