Wednesday, July 16, 2025

Sekolah daif, infrastruktur dan pelajar tanpa dokumen antara fokus KPM

Fadhlina (tengah) ketika melawat SK Bangau-Bangau PTS Parlimen Berhubung Akses Pendidikan Kanak-Kanak Warganegara/ Bukan Warganegara Tanpa Dokumen.

Oleh Nilam Raon

SEMPORNA (Jumaat 25 Ogos): Masalah sekolah daif, kanak-kanak tanpa dokumen, kebajikan pelajar dan keperluan infrastuktur adalah antara tumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk diselesaikan di sekolah Sabah dan Sarawak.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, KPM akan terus memberi keutamaan dan komitmen besar terhadap isu-isu sekolah di Sabah dan Sarawak selaras dengan komitmen Kerajaan Persekutuan.

Semua ini memerlukan susulan dan tindakan KPM bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk diambil perhatian segera.

“Saya fikir sebagaimana yang dibangkitkan oleh Dewan Negara dan juga apa yang kami temui semasa lawatan, ini adalah perkara yang memang dalam perhatian kita khusus kebajikan pelajar dan pembangunan sekolah.

“Ada juga permintaan khas daripada guru besar berkaitan keperluan menambah kelas, membaikpulih makmal dan fasiliti lain,” katanya di majlis Program Tindak Susul (PTS) Parlimen Berhubung Akses Pendidikan Kanak-Kanak Warganegara/Bukan Warganegara Tanpa Dokumen di SK Bangau-Bangau di sini Jumaat.

Beliau menjelaskan, ada 315 sekolah daif di Sabah dan segala penyaluran bantuan akan diselaraskan dengan JPN melihat keperluan dan permintaan sekolah.

Fadhlina berkata, pihaknya juga sedang mengambil beberapa pendekatan bagi mengatasi isu kanak-kanak tanpa dokumen yang salah seorang ibu atau bapa warganegara.

“Kita ada beberapa pendekatan selain daripada sekolah menyediakan ruang untuk mereka belajar kita juga perkenalkan satu program khas yang kita namakan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK),” katanya lagi.

Mengulas mengenai Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang akan diperkenal di sekolah awam adalah untuk pelajar Islam sahaja dan tidak membabitkan pelajar agama lain.

Sementara itu Pengarah JPN Sabah, Raisin Saidin berharap KPM terus melakukan tindakan susulan berkait segala isu pendidikan di negeri ini.

“Kami di JPN Sabah akan sentiasa mengambil langkah ‘follow up’ berkaitan perkara yang perlu JPN Sabah laksanakan atau lihat bentuk bantuan sekolah supaya tindakan yang diambil sejajar dengan KPM,” katanya.

 

Hot this week

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Topics

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img