Wednesday, June 18, 2025

Elaun bulanan 3,963 Ketua Adat di Sabah dinaikkan

Hajiji

TAWAU (Ahad 28 Ogos): Seramai 3,963 pemimpin masyarakat (Ketua Adat) di Sabah akan mendapat purata 48 peratus kenaikan elaun bulanan bermula September tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengumumkan elaun bulanan Ketua Daerah dinaikkan kepada RM3,500 daripada RM2,700 (29.6 peratus kenaikan) diikuti Ketua Anak Negeri kepada RM2,500 daripada RM1,700 (47.1 peratus peningkatan).

Sementara Wakil Ketua Anak Negeri kenaikan adalah 44.4 peratus kepada RM1,300 daripada RM900 dan Ketua Kampung dan Kapitan daripada RM700 kepada RM1,200.

Langkah itu katanya, akan memberi manfaat kepada 57 Ketua Daerah, 272 Ketua Anak Negeri, 648 Wakil Ketua Anak Negeri, 2,810 Ketua Kampung dan 176 Kapitan di seluruh negeri.

Ketua Menteri mengumumkan perkara ini di majlis bersama pimpinan Gagasan Rakyat di Tawau dan Kalabakan di sini Ahad.

Antara justifikasi kenaikan ini ialah sebagai pengiktirafan kedudukan terhormat Ketua Adat dalam masyarakat termasuk peranan mereka sebagai hakim di Mahkamah Anak Negeri dan menampung perbelanjaan ketika menghadiri mesyuarat, kursus dan majlis rasmi di luar daerah.

“Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan penting Ketua Adat sebagai pemimpin di peringkat akar umbi dan kenaikan itu bertujuan meningkatkan motivasi ketua adat untuk memberikan perkhidmatan yang penuh integriti kepada masyarakat.

“Tambahan pula, ia telah lama tertunggak dengan semakan yang terakhir dilakukan pada tahun 2013. Elaun mereka kekal tidak berubah manakala kos sara hidup meningkat,” katanya.

Hajiji berkata, ini adalah bukti komitmen Kerajaan untuk memenuhi keperluan semua pihak dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Hot this week

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Topics

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img