Thursday, July 24, 2025

Matlamat ‘madani’ dan SMJ perlu diperjelas kepada rakyat: Hajiji

Hajiji (tengah) menyaksikan MoU antara USIA dan IKDAR bagi pengoperasian Pusat Latihan Dakwah USIA-Al-Bukhary di Kampung Marasinsim Kota Marudu.

Hajiji menyerahkan BISBAH kepada 83 sekolah rendah dan menengah daerah Tawau.

Oleh Nilam Raon

TAWAU (Ahad 27 Ogos): Gagasan Malaysia Madani (GMM) dan Konsep Sabah Maju Jaya (SMJ) perlu terus diperjelaskan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) kepada seluruh rakyat, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, GMM dan SMJ bermatlamat untuk mencipta kemakmuran dan kesejahteraan demi kebajikan dan kebahagiaan seluruh rakyat.

Katanya, kedua-dua konsep ini dirangka dengan teliti demi mencapai kemajuan hakiki untuk negara dan Sabah. Sudah terbukti melalui pencapaian dalam sektor pembangunan ekonomi apabila perdagangan Sabah telah mencapai rekod tertinggi dalam sejarah.

Menurutnya, pada tahun lalu perdagangan Sabah bernilai RM118.1 bilion berbanding RM87.2 bilion pada 2021 iaitu peningkatan sebanyak 35.4 peratus dan ini adalah disebabkan pertumbuhan ekonomi yang positif sejak kebelakangan ini.

“Kerjasama ini penting demi kebaikan dan kepentingan ralyat secara keseluruhan,” katanya ketika merasmikan Majlis Penangguhan Forum Malaysia Madani: Keharmonian Dalam Kepelbagaian, Pelaksanaan WAM2CARE Peringkat Zon Tawau dan Upacara Menandatangani MOU Antara USIA dan IKDAR di Dewan Masyarakat Tawau pada Ahad.

Katanya, dalam konteks Pelan Pembangunan SMJ masih terdapat segelintir pihak yang cuba memperkecil atau memperlekeh slogan Sabah Maju Jaya yang dipinjam daripada Jata Negeri.

“Pada saya, mereka yang cuba memperlekeh cogan kata Sabah Maju Jaya, sama seperti memperlekeh usaha dan perjuangan pemimpin dan pejuang masa silam. Perlu juga diingat, bahawa GMM dan Hala Tuju SMJ bukanlah suatu retorik semata-mata,” katanya.

Hajiji dalam pada itu menyokong penuh penganjuran Forum Malaysia Madani ini sebagai usaha menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke arah membina sebuah negara yang bertamadun, maju dan progresif.

“GMM ini adalah hala tuju Kerajaan Perpaduan Persekutuan dalam membawa Malaysia terus maju sebagai sebuah negara yang hebat dalam aspek ekonomi, pembangunan dan kemajuan termasuk pendidikan, sumber manusia, agama dan budaya.

“Konsep Malaysia Madani adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ yang telah saya perkenalkan pada awal 2021, sebagai matlamat atau dasar hala tuju Kerajaan Negeri,” katanya lagi.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyaksikan majlis MoU di antara USIA dengan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) bagi pengoperasian Pusat Latihan Dakwah USIA-Al-Bukhary di Kampung Marasinsim Kota Marudu.

Ketua Menteri turut melancarkan program Wadah Amal Menteri (WAM2Care) bagi daerah Tawau, yang menyediakan pelbagai bantuan pendidikan kepada pelajar-pelajar di Negeri Sabah antaranya Bantuan Ehsan Sekolah Sabah (BISBAH) dan Bantuan Aktiviti Persatuan Ibu Bapa Guru (BAGUS).

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam dan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Haji Sapawi Ahmad.

Hot this week

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Topics

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img