60 unit rumah untuk anggota ESSCOM

Saifuddin (dua depan) ketika sidang media selepas melakukan lawatan kawasan perumahan ESSCOM di Palm Garden, Lahad Datu.

Oleh Nilam Raon

LAHAD DATU (Selasa 29 Ogos): Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan sentiasa memastikan kebajikan anggota dan pegawai pasukan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) terjaga supaya mereka bertugas dengan semangat yang tinggi.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, dengan kekuatan 189 pegawai dan anggota ESSCOM mereka berjaya mengekalkan keamanan dan keharmonian kehidupan masyarakat tempatan yang lebih terjamin.

Menurutnya, kerajaan madani yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat mengambil berat aspek kebajikan pasukan ESSCOM apabila ia meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk kebajikan mereka seperti yang diumum pada 15 Julai lalu.

“KDN akan berusaha secepat mungkin tanpa karenah birokasi dalam masa singkat untuk melakukan proses penyerahan rumah kepada anggota dan pegawai ESSCOM.

“Saya percaya langkah ini akan mendorong anggota lebih komited menjalankan tugas denga tenang tanpa memikirkan penempatan,” katanya ketika merasmi dan menyerahkan kunci rumah fasa pertama kepada anggota dan pegawai ESSCOM di Palm Garden di sini Selasa.

Katanya, sebanyak 60 buah unit rumah berjaya diperoleh dalam tempoh singkat bagi fasa pertama ini yang akan diduduki anggota dan pegawai yang berkeluarga sebelum diperluas kepada yang lain.

“Majlis ini sangat signifikan kerana ESSCOM berjaya memastikan keselamatan di kawasan ini dan kerana dalam tempoh tiga tahun ini, tidak ada kes penculikan untuk wang tebusan berlaku malah mereka dapat membanteras kegiatan penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin,” katanya lagi.

Saifuddin yang turut mendengar taklimat di Pejabat ESSCOM berkata, kemudahan tempat tinggal anggota dan pegawai ESSCOM itu memberi kelegaan kerana mereka tidak lagi perlu menyewa di luar.

Hot this week

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Topics

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img