Friday, July 25, 2025

Sabah mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga bolehbaharu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, dengan kerajaan negeri mengambil alih kuasa kawal selia ke atas bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu, ini akan memudahkan pelan mantap bagi bekalan tenaga stabil di Sabah.

“Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri melalui penyediaan bekalan tenaga yang mencukupi, stabil, berpatutan dan mampan seperti dalam Pelan Induk Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan dilancarkan pada September tahun lalu bagi menyokong pelan hala tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri melalui ECoS akan memastikan proses pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik dilaksanakan secara berkesan dan teratur tanpa sebarang gangguan kepada pihak pemegang taruh dalam industri bekalan elektrik di negeri ini.

Beliau berkata inisiatif itu juga adalah sebahagian daripada penurunan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dewan Undangan Negeri telah meluluskan tiga Rang Undang-Undang dalam sidang khas hari ini yang memberi ruang kepada Sabah untuk secara rasmi mengambil alih kuasa mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada Kerajaan Persekutuan.

Ini membabitkan Rang Undang-Undang (RUU) Bekalan Elektrik 2024; Tenaga Boleh Baharu 2024 dan Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024.

Selepas pewartaan enakmen itu, ECoS akan menjadi badan berkuasa yang mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu di Sabah berkuat kuasa sertamerta.

ECoS telah pun memperoleh kuasa kawal selia ke atas sektor bekalan gas daratan sejak 10 Januari tahun lalu.

Hot this week

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Topics

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img