Monday, June 2, 2025

Mekanisme pembayaran 40% perlu dibuat antara kerajaan negeri – persekutuan: Ewon

TELUPID: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata, perbincangan bagi menentukan mekanisme pembayaran semula 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah perlu dibuat di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Sebab itu katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor pada Selasa ini (9 Januari) untuk mempersembahkan cadangan mekanisme hasil perbincangan para pemimpin UPKO bersama pakar-pakar dalam bidang berkaitan.

“Di peringkat saya, sebagai Presiden UPKO dan anggota Kabinet Persekutuan, saya telah mengadakan satu perbincangan meja bulat pada 19 Disember 2023 melibatkan pakar-pakar tertentu termasuk bidang guaman, mantan majistret dan mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam perakaunan, percukaian dan pengauditan.

“Kita telah mencapai satu kesepakatan untuk mencadangkan satu mekanisme dan pada Selasa ini, saya akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Sabah untuk mencadangkan hasil perbincangan meja bulat tersebut yang mencakupi cadangan mekanisme pembayaran semula 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah.

“Saya maklum usaha ini perlu dibuat secara “G to G” iaitu antara kerajaan negeri dan persekutuan, sebab itu cadangan ini saya serahkan dahulu kepada Ketua Menteri Sabah untuk dibincangkan di peringkat kerajaan negeri melalui mesyuarat Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2024 anjuran UPKO, di Dewan Majlis Daerah Telupid, di sini, hari ini.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi diminta mengulas perkembangan terkini cadangan kerangka meknanisme yang dibincangkan pada 19 Disember lalu.

Beliau berharap, kerajaan negeri akan tampil dengan mekanisme baharu untuk dikemukakan kepada kerajaan persekutuan.

“Formulanya sudah ada iaitu 40 peratus, cuma mekanismenya kerana ia melibatkan satu tuntutan tertunggak, tuntutan pembayaran bagi tempoh yang akan datang dan melibatkan perbincangan mengenai hasil yang dipungut secara langsung oleh pejabat-pejabat hasil di Sabah dan juga hasil-hasil yang tidak dikutip oleh pejabat hasil di Sabah (terus melalui pejabat hasil di Semenanjung),” katanya.

Beliau berkata, ini menjadikan perbincangan mengenai perkara itu sangat teknikal.

“Maka kita perlu tampil dengan satu mekanisme yang memudahkan semua pihak (kerajaan persekutaun dan kerajaan negeri) untuk melaksanakan apa yang tertunggak sejak 1974,” katanya.

Ewon berharap usaha itu memberikan hasil positif dan mendapat sokongan seluruh rakyat Sabah.

“Kita maklum ramai pemimpin daripada Sabah pernah duduk dalam kabinet persekutuan dan pada saya, ini satu tanggungjawab besar, sebab itu saya mengambil inisiatif sendiri dengan sokongan parti untuk mencari cadangan mekanisme untuk perkara ini,” katanya.

Mengenai kemasukan semula bekas-bekas pemimpin dan ahli parti itu ke dalam UPKO, Ewon berkata, parti itu sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menyertai UPKO.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, selaku Presiden UPKO, kita mengalu-alukan kemasukan semula bekas-bekas ahli termasuk yang pernah menjadi pemimpin tertinggi parti.

“Kita telah mengadakan beberapa program pada bulan lepas iaitu melibatkan mantan timbalan ketua menteri, mantan wakil-wakil rakyat UPKO yang terdahulu dan perbincangan masih giat dijalankan. Saya amat pasti bila tiba masanya kita akan mengadakan acara kemasukan semula mereka ke dalam parti.

“Pada masa yang sama kita turut menerima kemasukan ahli-ahli baharu terutamnya di kalangan belia,” katanya.

Ewon berkata, ini menjadikan UPKO satu parti yang terbuka kepada semua golongan masyarakat.

Hot this week

Questioning the appointment and celebrations of Sabah Governor’s birthday is unprecedented

By C C PungJustice of Peace Should we ponder over...

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Topics

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img