Home Berita Agih tangki biru bukan petanda pilihanraya bakal diadakan

Agih tangki biru bukan petanda pilihanraya bakal diadakan

Oleh Arimah Yaien
INANAM: Tangki air biru yang
sedang diagihkan kepada penduduk bukan petanda pilihanraya Sabah bakal diadakan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Inanam Datuk William Majimbon berkata tangki air satu keperluan asas bagi penduduk yang tidak mendapat bekalan air Jabatan Air Sabah.

“Pejabat PPM Inanam banyak menerima permohonan untuk tangki daripada penduduk yang bergantung kepada bekalan air graviti,” katanya.

Bekalan air sering terganggu, terutama musim hujan , paip sumbat dan air kabut. Dalam masa ini tangki air sangat diperlukan untuk menyimpan air kegunaan harian.

William bercakap kepada talantang.com selepas menyampaikan sebuah tangki 900 liter dan bakul makanan kepada seorang balu Nelly Datuk James Arab di Kampung Talimakas Kionsom, disini, Selasa (9 Januari).

“Tangki air biru sudah sinonim dengan pilihanraya kerana pada masa yang lalu, bekas air itu rancak diagihkan menjelang dan masa pilihanraya diadakan,” katanya.

William berkata baginya bukan masa pilihanraya sahaja rakyat memerlukan bantuan. Menurutnya bantuan kepada rakyat telah, sedang dan harus akan diteruskan kepada mereka yang memerlukan.

Selain tangki air dan bakul makanan, PPM itu juga akan berikan perhatian kepada jalanraya menuju ke rumah Puan Nelly. Dalam masa terdekat pembaikan akan dibuat dengan menabur batu kelikir atas jalanraya kira kira 800 meter itu.

“Semoga semua sumbangan itu dapat dimenafaati, ” kata William.

Turut hadir di majlis ringkas itu Penyelia Kemajuan Masyarakat Albert Jumitih dan Pemaju Mukim Jonathan Damian.

NO COMMENTS

Exit mobile version