Friday, July 25, 2025

Pelaksanaan inisiatif berdasarkan Kuasa Kawal Selia Bekalan Eletrik Sabah

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor secara simbolik menerima  Kuasa Kawal Selia Bekalan Eletrik Sabah daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof pada majlis simbolik penyerahan di Menara Kinabalu. Gambar JKM

KOTA KINABALU (19 Januari) – Kerajaan Negeri akan melaksanakan setiap inisiatif yang telah dirangka berdasarkan Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Sabah yang kini dimiliki oleh Sabah, dengan sasaran yang ditetapkan dalam Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, Sabah akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan pelaksanaan segala inisiatif bagi meningkatkan lagi prestasi bekalan elektrik di negeri ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga akan terus bekerjasama dengan pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dalam memudah cara dan memberikan sokongan daiam melaksanakan Pelan Transformasi SESB ke arah kemampanan syarikat utiliti tersebut.

“Kerajaan Negeri melalui Energy Commission of Sabah (ECoS) akan memastikan penglibatan secara langsung semua pemegang taruh di negeri Sabah bagi memastikan isu-isu semasa dapat ditangani dengan cara yang lebih berkesan dan mampan”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Simbolik Penyerahan Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Sabah oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri di Bilik Mesyuarat Utama, Menara Kinabalu pada Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof mewakili Kerajaan Persekutuan secara simbolik menyerahkan kuasa berkenaan kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Hajiji berkata, proses pengambilalihan Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik dan Tenaga Boleh Baharu oleh Kerajaan Negeri telah disempurnakan selepas Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan Enakmen Tenaga Boleh Baharu diluluskan dalam persidangan khas Dewan Undangan Negeri Sabah pada 3 Januari lalu.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan proses pengambilalihan kuasa kawal selia dengan lancar dan teratur.

“Ini menunjukkan kesepakatan dan semangat kerjasama yang tinggi diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri”, tegasnya.

Hajiji juga menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas penyerahan tugas kuasa kawalselia bekalan elektrik Negeri Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah, penyerahan dokumen rasmi daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam kepada Setiausaha Kerajaan Negen (SKN) Sabah dan penyerahan plaque projek siap daripada KSU kementerian kepada SKN Sabah.

“Semoga semua usaha ini akan membawa Sabah ke tahap bekalan tenaga yang berdaya harap demi kesejahteraan rakyat negeri ini’, tegasnya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir.Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedick, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Dr Ching Thoo A/L Kim, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Energy Commission of Sabah (ECoS), Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid. – Talantang

Hot this week

Sabah and Sarawak also paying for Malaysia’s multibillion-ringgit debt spent in the Peninsula: A Federal Injustice

By Ir. Joseph LakaiMiri, Sarawak Sabah and Sarawak are among...

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Topics

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img