Saturday, July 12, 2025

Bekalan tenaga elektrik pada tahap berwaspada, namun diramalkan tidak ada catuan

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) meramalkan bekalan tenaga elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (W.P.Labuan) hari ini (Isnin) pada tahap berwaspada, namun dijangka tidak berlaku catuan.

Operator Sistem Grid Sabah dan W.P.Labuan, Ir. Adrian Mosigil berkata, keseluruhan bekalan tenaga dianggarkan berjumlah 1,128MW.

Ia termasuk penjanaan tenaga solar yang dibekalkan syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), Tadau Energy Sdn Bhd sebanyak 18.3MW daripada keupayaan penjanaan maksima 50MW, bergantung kepada cuaca dan tenaga suria.

“Jangkaan waktu puncak hari ini adalah pada pukul 2.30 petang dengan permintaan tenaga maksima diramalkan boleh mencecah sehingga 1,027MW,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Walau bagaimanapun, SESB masih mempunyai rizab margin sebanyak 101W sekiranya berlaku kecemasan atau lebihan permintaan pada waktu tersebut. Justeru pelaksanaan catuan bekalan elektrik pada hari ini diramalkan tidak akan berlaku.

“Semalam waktu puncak dicatatkan pada pukul 7.30 petang dengan permintaan tenaga maksima sebanyak 957MW dan rizab margin yang tidak digunakan adalah sebanyak 156.79MW,” jelas Adrian.

Untuk rekod, Pengendali Sistem Grid atau Grid System Operator (GSO) merupakan sebuah jabatan dalam SESB yang bertanggungjawab untuk mengendalikan sistem grid dengan cara yang selamat, terjamin, sentiasa stabil, dan ekonomi.

Jabatan ini akan memberikan ramalan bekalan tenaga dan catuan elektrik pada setiap Isnin hingga Jumaat untuk rujukan pengguna dan pemegang taruh SESB. 

Hot this week

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

Topics

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img