Saturday, June 21, 2025

Bekas Ketua Staff Perisikan ESSCOM, 7 yang lain dilepas dan dibebaskan tuduhan bunuh pemandu e-hailing

Ketua Staf Perisikan Esscom, Senior Asisten Komisioner Datuk Mat Zaki Md Zain (kiri) dan tujuh yang lain dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh seorang pemandu e-hailing. – Gambar Bernama.

TAWAU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan semua lapan tertuduh, termasuk bekas Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom), Senior Asisten Komisioner Datuk Mat Zaki Md Zain daripada dakwaan membunuh seorang pemandu e-hailing.

Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan kes terhadap kesemua tertuduh mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

“Berdasarkan keputusan pihak pendakwaan, saya memerintahkan kesemua lapan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan. Kesemua baki tarikh perbicaraan dilapangkan,” kata hakim itu.

Terdahulu, Khairul Azreem memaklumkan kepada mahkamah untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap kelapan-lapan tertuduh selepas mendengar keterangan saksi utama pendakwaan, Nurimah Juli, yang mengaku dia membunuh Nurman Bakaratu yang juga bekas suaminya di dalam kereta Myvi putih dinaiki mereka ketika berhenti di sebuah ladang kelapa sawit pada 13 Januari 2023.

Kesemua tertuduh ialah Mat Zaki, 59, enam anggota polis iaitu Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, John Kennedy Sanggah, 44, dan seorang orang awam Vivien Fabian, 34.

Berikutan keterangan saksi pendakwaan ke-23 itu, peguam Datuk Ansari Abdullah, yang mewakili Rosdi memohon agar anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

“Anak guam saya telah ditahan cukup setahun di penjara selain seramai 23 saksi pendakwaan telah memberi keterangan sejak 2 Januari lepas,” kata peguam itu.

Peguam Datuk Ram Singh, mewakili Mat Zaki, John, Vivian, Khairul Azman dan Mohd Azlan turut memohon mahkamah memberi pembebasan sepenuh terhadap kelima-lima anak guamnya.

Peguam Luke Ressa Balang, yang mewakili Denis dan peguam Mohamad Zairi Zainal Abidin mewakili Fabian juga memohon agar mahkamah membebaskan anak guam masing-masing.

Enam anggota polis dan seorang awam didakwa membunuh Nurman Bakaratu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di sini, antara 7.30 hingga 11.30 malam pada 13 Januari tahun lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mat Zaki, pula didakwa atas dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman, mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Pada 30 Januari tahun lepas, Nurima, 33, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh Nurman.

Bagaimanapun pada 8 Februari 2023, mahkamah sama membebaskan wanita itu daripada pertuduhan membunuh dan menjadi saksi pendakwaan dalam kes ini.

Pada 8 Februari lalu, Mat Zaki bersama-sama Rosdi, Denis, Fabian, Khairul Azman, Mohd Azlan serta Vivien dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini.

John Kennedy pula, pada awalnya adalah saksi kes pendakwaan, namun pada 11 April 2023, dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini bagi pertuduhan membunuh bersama enam lelaki itu.

Selepas mahkamah membuat keputusan, kelihatan ahli keluarga tertuduh yang berada di galeri awam terus meluru dan memeluk mereka serta menangis.

Di luar bilik mahkamah pula ahli keluarga tertuduh lain turut menangis selepas mendengar keputusan berpihak kepada tertuduh.

Sementara itu, Mat Zaki yang ditemui Bernama menganggap keputusan hari ini bukti kuasa Tuhan yang adil.

“Saya bersyukur dan terima kasih pada keluarga, kepada Komander Esscom, Victor Sanjos dari segi kebajikan kami dan sebagainya, serta semua yang menyokong kami, keluarga kami sepanjang kami di penjara, Tuhan menunjukkan hari ini, belum peguam buat pemeriksaan balas dia sendiri mengaku.

Tepat setahun dipenjara dan tahun terakhir persaraan saya dalam masa 14 hari, terbuka kebenarannya… hari ini merupakan genap setahun selepas ditangkap pada 25 Januari tahun lepas dan dibebaskan pada tarikh sama tahun ini,” katanya. – Bernama

Hot this week

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Topics

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img