Wednesday, July 9, 2025

Bayaran Insentif Awal Kajian SSPA RM2,000 disalur 23 Februari ini: Anwar

Pembayaran turut membabitkan kakitangan lantikan kontrak.

PUTRAJAYA – Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berjumlah RM2,000 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak akan dibayar sekali gus pada 23 Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran insentif itu juga akan membabitkan pemberian RM1,000, masing-masing kepada semua jawatan utama sektor awam.

Katanya, kerajaan turut memberi RM1,000 kepada semua pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

“Bayaran Insentif Awal ini akan dibayar sekali gus pada 23 Februari, bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjalang Ramadan serta Syawal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Anwar memaklumkan bayaran dengan jumlah itu akan diberikan kepada semua penjawat awam dalam gred berkenaan, termasuk lantikan kontrak, sebagai langkah sementara kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam.

Semakan skim gaji dan elaun kakitangan kerajaan itu kali terakhir dilaksanakan pada 2012.

Pada perhimpunan sama, Anwar berkata, kerajaan meningkatkan bantuan rakyat, termasuk kepada pekebun kecil getah, pesawah padi, Sumbangan Tunai Rahman (STR), Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menerusi hasil pengurusan bertanggungjawab.

“Kerajaan ini sejak awal pengutamakan soal tatakelola baik dan pengurusan kewangan bertanggungjawab dalam mengurangkan ketirisan.

“Pendekatan diambil Kerajaan Madani membolehkan bantuan tambahan disalurkan kepada rakyat yang memerlukan,” katanya. – Scoop

Hot this week

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...

Sabah Assembly dissolves automatically on Nov 11 if not earlier

Kadzim...the five-year term of the State Assembly is counted...

Topics

Sabah Political Stability Under Threat: External and Internal Conspiracies Aimed at Undermining Autonomy and Progress

By Datuk James Ligunjang J.P Former State Assemblyman  The political landscape...

PH Sabah to present joint manifesto ahead of state election

Mustapha...highlighting issues close to the hearts of Sabahans. KOTA KINABALU...

Menteri WP nafi Madius dilantik Pengerusi baharu Perbadanan Labuan

Zaliha…Beberapa individu berpotensi sedang dinilai secara teliti untuk jawatan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img