Monday, June 30, 2025

Sabah Komited Perkasa Aspek Kebajikan Rakyat

Datuk Nizam menyampaikan angpau kepada penghuni warga emas.

Oleh Nilam Raon

TAWAU: Sabah menyediakan RM170 juta dana perbekalan dan RM21 juta dana pembangunan kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah khusus untuk aspek kebajikan pada tahun ini.

Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, dana berkenaan adalah khusus untuk memberi perhatian kepada usaha menaiktaraf pelbagai infrastuktur kebajikan dan bantuan kebajikan.

Menurutnya, kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan yang wajar diberi perhatian termasuk golongan warga emas yang menghuni rumah warga tua di negeri ini.

“Tanpa golongan warga tua maka tidak ada golongan muda pada hari ini, justeru itu kita perlu sentiasa menghormati dan menyantuni serta tidak melupakan mereka khususnya ketika sambutan musim perayaan,” katanya.

Datuk Nizam (tiga kanan) ketika hadir pada majlis itu.

Beliau yang juga wakil rakyat Apas berkata ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Rumah Warga Tua Air Panas di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 40 penghuni Rumah Warga Tua Air Panas di sini ceria apabila diraikan sempena sambutan Tahun  Baru Cina.

Program anjuran Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah (PJKHRS) itu sebagai usaha berkongsi kegembiraan bersama penghuni rumah kebajikan berkenaan agar tidak berasa terpinggir semasa musim perayaan ini.

Nizam dalam pada itu turut mengalu-alukan usaha badan bukan kerajaan (NGO) menyantuni mereka yang memerlukan.

“Kita menyokong inisiatif PJKHRS ini yang dapat mendidik golongan belia lebih mengormati dan tampil meraikan golongan warga emas di sini untuk menggembirakan mereka,” katanya. – Talantang

Hot this week

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

2 assemblymen, a businessman pleaded not guilty to corruption

Sindumin assemblyman Datuk Dr Yusof Yacob (left) seen arriving...

Dr Jeffrey denies RM1.78 million mining scandal claim

Mulls legal action against news outlet, saying anonymous whistleblower...

PKR Penampang puji sikap PM

Joseph Chang...sikap Perdana Menteri menunjukkan keperibadian terpuji. PENAMPANG: PKR cabang...

Six more Sabah politicians implicated in corruption

KOTA KINABALU : - Six more politicians in Sabah...

Topics

MCA Libaran Urges PM to Review New SST Implementation

Chin...list of taxable goods to over 4,000 items would...

SANDAKAN : - Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, menggesa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img