Thursday, July 10, 2025

Peranan JKKK harus diperkasakan – Madius

Madius dan Hajiji dimajlis penyampaian watikah perlantikan JKKK DUN Sulaman dan Pantai Dalit.

TUARAN: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata sudah tiba masanya agar peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) terus diperkasakan.

Menurut Ahli Parlimen Tuaran itu, Kerajaan persekutuan perlu mendapatkan input daripada pihak JKKK jika benar-benar mahu membangunkan seluruh negara khususnya di Sabah.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian watikah perlantikan kepada 76 orang pengerusi JKKK daripada DUN Sulaman dan Pantai Dalit  pada Rabu oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Kita tahu lapan daerah termiskin di negara ini terletak di sini.”

“Namun adakah kerajaan benar-benar tahu, keperluan utama penduduk yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan,” Madius berkata.

Dalam hal inilah peranan JKKK begitu penting sekali. Mereka lebih arif tentang perkampungan masing-masing.”

“Sekiranya pendekatan sebelum ini berterusan, iaitu kuasa dan perancangan hanya berpusat di Putrajaya, saya risau agenda pembasmian kemiskinan tegar ini sukar atau lambat dicapai,” katanya.

Beliau berkata oleh itu, sudah tiba masanya pihak berwajib perlu mengambil pendekatan untuk memberi kepercayaan kepada pihak JKKK.

Biarlah jawatankuasa ini diberikan empowerment. Kalau boleh mungkin sehingga mereka diberi kuasa sama ada dari segi peruntukan untuk melaksanan projek pembangunan yang mampu memberi kemajuan kepada perkampungan.

Baharulah usaha dalam memerangi dan menoktahkan kemiskinan benar-benar dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Pada gambar ini adalah sesi penyerahan watikah pelantikan JKKK bagi DUN Sulaman dan DUN Pantai Dalit yang diadakan pagi tadi. Penyampaiannya disempurnakan Ketua Menteri, YAB Hajiji Haji Noor. Terdapat 76 penerima kesemuanya.

Tahniah, semoga semua barisan JKKK ini dapat memikul tanggungjawab dengan cekap dan amanah. – Talantang

Hot this week

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Topics

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img