Tuesday, June 17, 2025

Bumburing kembali ke pangkuan UPKO

TUARAN: Bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang juga antara pengasas parti itu, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing kembali semula ke pangkuan UPKO setelah sekian lama berada di luar parti.

“Kepulangan” beliau ke “rumah” UPKO turut disertai lebih kurang 100 bekas ahli parti dari Keningau, Tambunan, Tamparuli, Kiulu, Kota Belud dan Kuala Penyu.

Majlis kemasukan semula ke parti keramat mereka itu dibuat pada Majlis Pisompuruan Bersama Pimpinan UPKO, di Tuaran, hari ini.

Bumburing berkata beliau membuat keputusan itu selepas melihat perjuangan UPKO mempertahankan hak dan kepentingan rakyat Sabah serta usaha yang dibuat oleh Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick sejak mengambil alih kepimpinan parti itu.

“Ewon dan UPKO terkehadapan dalam soal memperjuangkan hak 40 peratus Sabah seperti dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila beliau menjemput saya ke perbincangan meja bulat mengenai perkara ini, saya terpanggil untuk memberi sumbangan secara aktif dan menyokong kepimpinan beliau,” katanya.

Sementara itu, Ewon menyambut baik “kepulangan” Bumburing dan ahli-ahli lain ke pangkuan UPKO setelah sekaian lama berada di luar parti.

“Dalam konvensyen tahun lepas, saya menyatakan jemputan terbuka untuk pengasas parti ini dan mantan ahli-ahli kembali semula kepada parti dan bersama-sama saya dalam meneruskan obor perjuangan. Saya berbangga dan sangat mengalu-alukan kebersamaan semula Datuk Bumburing dalam UPKO hari ini,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Presiden Ahli Majlis Penasihat UPKO Tan Sri Bernard Dompok, Setiausaha Agung UPKO Datuk Nelson Angang, Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Tan Sri Wences Angang dan Ahli Majlis Penasihat UPKO Datuk Christine Vanhouten. – Talantang

Hot this week

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Topics

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img