Wednesday, July 9, 2025

Ewon mahu ESTC dan Montfort kerjasama bangunkan graduan TVET di Sabah

Pengerusi SME Corp Tan Sri Bernard Dompok, Pengerusi ESTC Academy Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing dan ketua ketua agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

TUARAN: Datuk Ewon Benedick mahu ESTC Academy dan Monfort Youth Training Centre (MYTC) Penampang bekerjasama membangunkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Sabah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan koperasi itu berkata, kerjasama itu penting bagi melahirkan graduan khususnya anak-anak muda B40 dari Sabah dalam bidang gas dan minyak yang merupakan salah satu tumpuan kerajaan kerajaan.

“Memang agensi-agensi di bawah kementerian saya mempunyai program-program yang terkait dalam industri ini (minyak dan gas) terutama selepas kerajaan melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) tahun lepas.

“Saya telah meminta SME Corp iaitu agensi di bawah kementerian saya memudah cara permohonan akademi ini (ESTC) untuk membina kemudahan tambahan yang diperlukan.”

“Pada masa yang sama, saya juga mencadangkan supaya graduan ESTC dan MYTC mendapat pembiayaan penuh daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR),” katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan ke ESTC Academy, di sini, hari ini.

Ewon berharap melalui kejasama itu, kementeriannya dapat membantu kerajaan negeri melahirkan lebih ramai anak-anak muda Sabah mendapat pekerjaan dalam bidang gas dan minyak.

Turut hadir Pengerusi SME Corp Tan Sri Bernard Dompok, Pengerusi ESTC Academy Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing dan ketua-ketua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Hot this week

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...

Sabah Assembly dissolves automatically on Nov 11 if not earlier

Kadzim...the five-year term of the State Assembly is counted...

Topics

Sabah Political Stability Under Threat: External and Internal Conspiracies Aimed at Undermining Autonomy and Progress

By Datuk James Ligunjang J.P Former State Assemblyman  The political landscape...

PH Sabah to present joint manifesto ahead of state election

Mustapha...highlighting issues close to the hearts of Sabahans. KOTA KINABALU...

Menteri WP nafi Madius dilantik Pengerusi baharu Perbadanan Labuan

Zaliha…Beberapa individu berpotensi sedang dinilai secara teliti untuk jawatan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img