Wednesday, July 9, 2025

KM hadir Majlis Apresiasi Kecemerlangan JKM

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan Anugerah  Perkhidmatan Cemerlang kepada Pembantu Penerbitan Pejabat Media dan Komunikasi, Ellie Edwenna Kein, sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan Jabatan Ketua Menteri 2018-2023, di The Pacific Sutera, Sutera Harbour Resort, di Kota Kinabalu pada Jumaat. Gambar JKM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menghadiri Majlis Apresiasi Kecemerlangan Jabatan Ketua Menteri 2018 2023 di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Ketua Menteriturut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada penerima untuk tahun 2018 hingga 2023.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.

Terdahulu, Safar dalam ucapannya berkata kerajaan negeri sentiasa komited dan mengiktiraf budaya kerja cemerlang dalam kalangan penjawat awam dengan menyediakan pelbagai anugerah.

“Saya berharap pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini akan menjadi pendorong dan penyuntik semangat untuk terus proaktif dan produktif dalam memberikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan seterusya menjadi role model dan mentor terbaik kepada warga yang lain,” katanya.

Beliau berkata perkhidmatan awam adalah tulang belakang kepada negara, justeru menjadi tanggungjawab semua untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Pada zaman yang serba pantas ini, keinginan dan kehendak rakyat menuntut perubahan dalam mendapatkan perkhidmatan Kerajaan.

“Bagi memenuhi kehendak rakyat ini, kita mestilah sentiasa berpandangan jauh ke hadapan untuk memastikan penjawat awam terus kekai relevan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat bagi mendukung gagasan Malaysia Madani serta Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 125 orang warga cemerlang Jabatan Ketua Menteri daripada 15 Pejabat, Bahagian dan Unit setelah ditapis serta dinilai sumbangan mereka, telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Ketua Menteri bagi tahun 2018 hingga 2023.

Manakala seramai 39 orang lagi menerima Anugerah Khas bagi tahun 2021 hingga 2023. – Talantang

Hot this week

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...

Sabah Assembly dissolves automatically on Nov 11 if not earlier

Kadzim...the five-year term of the State Assembly is counted...

Topics

Sabah Political Stability Under Threat: External and Internal Conspiracies Aimed at Undermining Autonomy and Progress

By Datuk James Ligunjang J.P Former State Assemblyman  The political landscape...

PH Sabah to present joint manifesto ahead of state election

Mustapha...highlighting issues close to the hearts of Sabahans. KOTA KINABALU...

Menteri WP nafi Madius dilantik Pengerusi baharu Perbadanan Labuan

Zaliha…Beberapa individu berpotensi sedang dinilai secara teliti untuk jawatan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img