Sunday, July 13, 2025

ISWAMI perkukuh hubungan media, wartawan Indonesia dan Malaysia

HARI PERS: Rombongan media Malaysia bergambar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada Isnin.

JAKARTA: Hubungan antara media dan sesama wartawan di Indonesia dan Malaysia kini bertambah kukuh menerusi jalinan kerjasama erat Ikatan Setiakawan Wartawan Indonesia-Malaysia (ISWAMI).

Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah, Datuk Lichong Angkui, berkata hal ini menjadi nyata lantaran wujudnya hubungan akrab antara ISWAMI Indonesia dan Malaysia yang kini disuburkan lagi pada era digitalisasi.

“Menerusi ISWAMI, hubungan antara organisasi media di Indonesia dan Malaysia semakin dekat, apatah lagi kedua-dua negara seumpun ini mempunyai banyak persamaan.

“Bermula dengan hubungan antara ketua pengarang (pamred), kini jalinan itu diperluaskan ke peringkat wartawan kedua-dua negara pula,” katanya setiba di sini semalam bagi menghadiri program Jejak Serumpun ISWAMI sempena Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024 dan Hari Pers Nasional (HPN) Indonesia, selama tiga hari sehingga Rabu.

Delegasi media Malaysia diketuai oleh Presiden ISWAMI Malaysia, Ashwad Ismail.

Isnin lepas, ISWAMI Malaysia menggerakkan sekumpulan 15 wartawan Malaysia bagi menyertai program sama, termasuk menghadiri pelbagai dialog berkaitan pembangunan serta kemajuan Indonesia.

Dialog dan pertemuan itu bertujuan membina keakraban dalam kalangan wartawan kedua-dua negara.

Lichong yang juga Ahli Majlis Pentadbir ISWAMI Malaysia mengakui ISWAMI antara platform yang banyak memainkan peranan penting kedua-dua negara.

“Ini adalah wadah interaksi dan komunikasi berkesan dalam meleraikan banyak hal yang melibatkan kepentingan dua hala Indonesia-Malaysia.

“Daripada isu-isu sosial, migran dan hak asasi sehingga pada soal ekonomi dan geopolitik dapat dijernihkan menerusi ISWAMI sebelum keadannya menjadi keruh,” katanya.

Beliau menghargai dukungan pemerintah kedua-dua negara kepada usaha ISWAMI seperti diterjemahkan menerusi sokongan kepada penganjuran HPN Indonesia dan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) Malaysia.

ISWAMI ditubuhkan pada 2005 untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua negara, selepas kemunculan pelbagai isu termasuk tuntutan pemilikan bertindih Ambalat, sempadan dan buruh.

Antara pengasas dan penerajunya di Malaysia terdiri daripada Tan Sri Johan Jaaffar, Datuk Zakaria Abdul Wahab, Datuk Zulkefli Salleh, Datuk Zulkifli Hamzah dan Datuk Mokhtar Hussain.

Manakala dari Indonesia, pendirinya termasuk Tarman Azzam, Syaiful Hadi, Syamsuddin Ch. Haesy, Ilham Bintang dan Asro.

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img