Monday, June 23, 2025

Penjaja ikan pasar malam Inanam disyaki letakkan pewarna terlarang

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesan seorang penjaja ikan disyaki meletakkan pewarna terlarang di Tapak Pasar Inanam malam tadi.

Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, sample ikan tersebut di bawa ke makmal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenalpasti keberkesanan pewarna terbabit.

Katanya, laporan ujian ke atas sample yang di ambil akan dimaklumkan oleh pihak KKM kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) untuk tindakan lanjut.

“Operasi Bahagian Pengurusan Penjaja bersama KKM dan JKPB DBKK bermula 7.00 sehingga 9.30 malam di Tapak Pasar Malam Inanam mendapati terdapat seorang penjaja ikan disyaki meletakkan pewarna terhadap ikan yang dijualnya.

“Kita masih menunggu laporan terperinci oleh makmal KKM kemungkinan besar akan diperoleh dalam tempoh terdekat, sekiranya terbukti tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga ikan terbabit,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Operasi seramai empat anggota membabitkan Bahagian Penjaja Jabatan Pelesenan DBKK diketuai Encik Hassim Musa manakala JKPB DBKK bersama enam anggota Adrian Ijom juga mengesan peniaga yang gagal mematuhi arahan pihak berkuasa.

“KKM yang turut serta dalam operasi malam tadi dianggotai seramai tujuh pegawai diketuai oleh Bibi Rozita untuk mengesan peniaga yang degil berdasarkan laporan daripada orang ramai,” jelas Junainah.

Menurutnya, DBKK bersama KKM akan memperluaskan lagi operasi ini bagi memastikan peniaga ikan mematuhi arahan sekali gus bebas daripada menggunakan bahan pewarna yang terlarang bagi menjamin kesihatan pengguna.

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img