Sunday, April 27, 2025

Titah Agong beri isyarat jelas tingkat perpaduan, jaga kestabilan politik

KUALA LUMPUR – Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 hari ini, disifatkan sarat dengan peringatan dan nasihat untuk Ahli-ahli Parlimen.

Titah berkenaan juga disifatkan mencerminkan harapan Seri Paduka Baginda yang mahu melihat kestabilan politik di negara ini, demi memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih baik selain peri pentingnya dalam meningkatkan soal perpaduan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata titah Yang di-Pertuan Agong secara tidak langsung memberi ingatan kepada semua Ahli Dewan Rakyat, supaya tidak mengganggu-gugat pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Penting bagi Ahli Parlimen memahami bahawa tempoh yang menentukan mandat itu ialah semasa pilihan raya. Tempoh sekarang ialah (untuk kita) mengurus tadbir negara, maka tumpukan perhatian kepada rakyat dan bantu turunkan suhu politik dengan mengiktiraf kerajaan yang ada (ketika ini),” katanya ketika ditemui selepas istiadat itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Seri Paduka Baginda dengan jelas menekankan kepentingan menjaga kebajikan rakyat dan kerajaan perlu memberikan keutamaan dalam semua aspek pembangunan negara demi kemakmuran negara.

“Secara peribadi, saya menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda dan ia amat baik, tentunya menjadi tanggungjawab saya sendiri sebagai wakil rakyat untuk menterjemahkannya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lenggong.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke pula melihat titah sulung berkenaan, sebagai satu mesej jelas bahawa Seri Paduka Baginda mahu melihat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dipertingkat, untuk memastikan rakyat dapat hidup kekal harmoni.

“Ini merupakan pandangan yang amat bernas dan seruan yang amat tepat, kerana memang kita tahu dalam masyarakat berbilang kaum, yang penting ialah keharmonian antara masyarakat perlu terus dipelihara,” katanya.

Loke berkata peringatan Sultan Ibrahim mengenai peri pentingnya kestabilan politik juga merupakan satu manifestasi, agar pembangunan negara dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dapat dicapai, sekali gus membantu mengembalikan keyakinan negara luar.

Turut senada, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kemaman, yang melihat titah Seri Paduka Baginda merangkumi perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua Ahli Parlimen, agar dapat memacu negara ke arah yang lebih baik baik sama ada dalam soal politik, ekonomi mahupun perpaduan.

“Perkara-perkara ini perlu menjadi perhatian semua pihak untuk sama kita bergerak membina negara ini, semua pihak sama harus berkerjasama dan kurangkan berpolitik,” katanya.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong menzahirkan peringatan, nasihat dan pandangan dalam pelbagai topik, antaranya melibatkan tingkah laku Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat dalam persidangan, keperluan merangka dasar kukuh perpaduan negara, isu karenah birokrasi, hutang negara dan kestabilan politik.

Hot this week

Bernard Dompok, the First Vatican envoy remembers

By Datuk Teddy Chin MORE than one billion Catholics around...

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

SAREC 25, platform for collaboration, innovation to drive Sabah transition toward a sustainable energy future – Dr Yusof

Yusof shakes hands with strategic partners, moderators, SAREC 2025...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Topics

Bernard Dompok, the First Vatican envoy remembers

By Datuk Teddy Chin MORE than one billion Catholics around...

Can Warisan snatch a simple majority victory going solo ?

Dr Kanul Gindol...there is a Sabah political party capable...

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

KDM set to generate a “green wave” effect in PBS and STAR’s stronghold in PRN

Dr Kanul Gindol...the political landscape in Sabah is unpredictable...

Sustainable Tourism and Conservation Efforts in Kinabatangan Remain KiTA’s Core Focus

Group Photo of President, Johnny (front, second left);Past President,...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img