Monday, June 16, 2025

Jabatan KDNKA dan JSJN terima kepimpinan pengarah baharu

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) masing-masing menerima kepimpinan pengarah yang baharu dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan KDNKA dan Pengarah JSJN yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.

Ia dimulakan dengan acara pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis Pengarah yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain kepada CP Dato’ Khaw Kok Chin dan seterusnya serah terima tugas jawatan Pengarah JSJN di antara CP Dato’ Sri Kamarudin Md Din serta disusuli penyerahan dokumen rasmi bersama tongkat kuasa.

Majlis diteruskan dengan penyerahan jawatan Pengarah Jabatan KDNKA di antara Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali kepada penyandang baharu, Dato’ Sri Kamarudin sebelum penyerahan dokumen rasmi bersama tongkat kuasa.

Dato’ Sri Hazani diberi mandat bagi mengemudi MCBA, sebuah agensi baharu di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri pada 31 Januari lalu yang berperanan mengawal sempadan negara termasuk pemeriksaan secara bersepadu di pintu masuk darat, laut dan udara serta pelabuhan. Manakala, Dato’ Sri Kamarudin dan Dato’ Khaw Kok Chin masing-masing diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menerajui Jabatan KDNKA dan JSJN bermula hari ini bagi meneruskan rentak kecemerlangan Pasukan dalam membasmi kegiatan jenayah.

Berucap dalam majlis diadakan, Tan Sri Razarudin berkata, dengan pelantikan ketiga-ketiga mereka untuk menerajui jabatan dan agensi masing-masing beliau percaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam melaksanakan amanah dan tidak sesekali mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung acara serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan KDNKA di antara suri hati Dato’ Sri Hazani iaitu Datin Sri Fadziah Abdul Hamid kepada penyandang baharu, Datin Sri Johariah Urib Mohd Ariffin dan diikuti pula penyerahan jawatan Pengerusi PERKEP JSJN daripada Datin Sri Johariah kepada Datin Zanariah Awang @ Zainon sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.

Terdahulu, beliau turut berbesar hati menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada sembilan Pegawai Kanan PDRM sebagai pengiktirafan dan penghargaan Pasukan atas perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan mereka.

Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin, barisan Pengarah PDRM dan para Pegawai Kanan PDRM serta rakan media.

Selamat maju jaya buat Dato’ Sri Hazani ditempat baharu dan selamat bertugas buat Dato’ Sri Kamarudin serta Dato’ Khaw Kok Chin.
Sumber: PDRMsia_Official

Hot this week

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Topics

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img