Wednesday, July 9, 2025

33 pegawai teknikal lantikan COS terima watikah daripada Ketua Menteri

KOTA KINABALU: Seramai 33 orang pegawai teknikal dari kalangan anak muda tempatan Sabah menerima watikah pelantikan secara Contract of Service (COS) di Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan watikah pelantikan COS kepada seramai 10 orang Jurutera Awam J41, 6 orang Penolong Jurutera Elektrik JA29 dan 17 orang Penolong Juruukur Bahan JA29 pada majlis ringkas di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu pada Selasa.

Mereka dilantik secara berfasa akan ditempatkan dan berkhidmat di pejabat-pejabat daerah di negeri Sabah bagi pengukuhan unit teknikal dan memperkasa pejabat-pejabat daerah.

Seramai 53 orang pegawai teknikal menerima pelantikan COS pada Fasa Satu dan Kedua pelantikan itu tahun lalu, telah ditempatkan ke Pejabat Daerah seluruh Sabah yang diselaraskan bersama di antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah dan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (ICU JPM Sabah).

Dengan penempatan pegawai teknikal melalui pelantikan secara COS, akan dapat memastikan projek-projek infrastruktur rakyat dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan berdasarkan spesifikasi kerja yang ditetapkan.

Kerajaan menyasarkan melantik seramai 114 pegawai teknikal dan setakat ini 86 jawatan telah diisi.

Seorang jurutera dan dua penolong jurutera secara COS akan ditempatkan di setiap Pejabat Daerah bagi mempercepatkan pelaksanaan projek-projek rakyat.

Program ini dilaksanakan di seluruh negara berpandukan persetujuan Kerajaan Negeri dengan peruntukan emolumen yang akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutua

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif dan Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Alfred Angin.

Hot this week

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...

Sabah Assembly dissolves automatically on Nov 11 if not earlier

Kadzim...the five-year term of the State Assembly is counted...

Topics

Sabah Political Stability Under Threat: External and Internal Conspiracies Aimed at Undermining Autonomy and Progress

By Datuk James Ligunjang J.P Former State Assemblyman  The political landscape...

PH Sabah to present joint manifesto ahead of state election

Mustapha...highlighting issues close to the hearts of Sabahans. KOTA KINABALU...

Menteri WP nafi Madius dilantik Pengerusi baharu Perbadanan Labuan

Zaliha…Beberapa individu berpotensi sedang dinilai secara teliti untuk jawatan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img