Wednesday, July 9, 2025

Agensi negeri dan persekutuan perlu laksana projek pembangunan RM6.6 bilion tahun ini: Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu semua agensi negeri dan Persekutuan bekerjasama padu untuk memastikan kesemua projek pembangunan bernilai RM6.6 billion yang diluluskan dibawah Roling Plan 4 (RP4), Rancangan Malaysia Ke12 (RMK12) dilaksanakan pada tahun ini.

“Bagi tahun 2024, Sabah akan menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM6.6 bilion untuk melaksanakan pelbagai program termasuk pembangunan premis (Tamu Desa), pembaikan, pembersihan dan perawatan Sungai Tuaran, projek tebatan banjir, pembinaan sekolah baharu, menaik taraf dan selenggara sekolah daif serta pembinaan klinik kesihatan baharu.

“Adalah penting wujud sinergi antara agensi kerajaan negeri dan Persekutuan bagi memastikan pelaksanaan segera semua projek ini demi kepentingan rakyat,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) di Menara Kinabalu, pada Selasa.

Beliau berkata semua mesti mempunyai keperluan atau iltizam yang tinggi dan bekerja pantas untuk menyelesaikan masalah dengan semangat inklusif Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan pembangunan Sabah.

Beliau berkata kaedah penyampaian perkhidmatan yang lama tidak lagi terpakai untuk pelaksanaan berkesan setiap dasar kerajaan.

“Sebaliknya, kita perlu menambah baik sistem penyampaian bagi mempercepatkan proses kelulusan di setiap jabatan. Selain itu, agensi kerajaan mesti memanfaatkan sepenuhnya kepesatan teknologi termasuk pendigitalan dalam melonjakkan penyampaian perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Hajiji berkata ini juga penting bagi memastikan kerajaan menjadi pemudahcara kepada semua pihak, terutama sektor swasta yang menjadi pemacu ekonomi negara.

Ketua Menteri turut mengulangi gesaan agar semua wakil rakyat dan ketua jabatan turun padang supaya masalah-masalah yang menjejaskan rakyat dapat diselesaikan dengan segera.

Beliau berkata sehingga Januari 2024, negeri Sabah telah membelanjakan sebanyak RM4.9 bilion atau 97.01 peratus daripada peruntukan di bawah RP3 RMKe-12.

Hajiji menggesa agar semua kementerian, jabatan dan agensi pelaksana mengambil tindakan proaktif dalam memastikan prestasi RP4 RMKe-12 seiring dengan prestasi nasional.

Penganalisis ekonomi menggelar 2023 sebagai tahun peralihan ekonomi negara dan 2024 adalah tahun pelaksanaan bagi semua dasar yang sudah dirancang, katanya sambil menambah ekonomi dijangka stabil walaupun berdepan pasaran global yang tidak menentu.

“Kerajaan terus komited dalam usaha pembaharuan ekonominya untuk menarik pelaburan bernilai tinggi melalui inisiatif pemangkin di bawah kerangka ekonomi Madani, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP).

“Antara sektor yang akan mendapat manfaat daripada strategi ini ialah sektor pembinaan kerana kerajaan memperuntukkan RM72.3 bilion bagi pengangkutan, air dan tenaga,” katanya.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin.

Hot this week

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...

Sabah Assembly dissolves automatically on Nov 11 if not earlier

Kadzim...the five-year term of the State Assembly is counted...

Topics

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...

Sabah Assembly dissolves automatically on Nov 11 if not earlier

Kadzim...the five-year term of the State Assembly is counted...

Sabah Political Stability Under Threat: External and Internal Conspiracies Aimed at Undermining Autonomy and Progress

By Datuk James Ligunjang J.P Former State Assemblyman  The political landscape...

PH Sabah to present joint manifesto ahead of state election

Mustapha...highlighting issues close to the hearts of Sabahans. KOTA KINABALU...

Menteri WP nafi Madius dilantik Pengerusi baharu Perbadanan Labuan

Zaliha…Beberapa individu berpotensi sedang dinilai secara teliti untuk jawatan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img