Wednesday, May 7, 2025

Kerajaan Persekutuan Tiada Cadangan Bina Lapangan Terbang Baharu Di Sabah – Loke

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan tiada cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di Sabah setakat ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Sebaliknya, beliau berkata perancangan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada masa ini ialah mencari kaedah untuk mengoptimumkan sepenuhnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) memandangkan pembinaan baharu melibatkan peruntukan besar.

“Cadangan untuk pembinaan lapangan terbang baharu di Sabah itu ia jauh dari Kota Kinabalu, saya rasa 40 hingga 50 kilometer dari Kota Kinabalu.

“ … yang ada di Kota Kinabalu (KKIA) ketika ini agak strategik sebab dekat dengan pusat bandar raya tapi kekangannya ialah bagaimana kita lihat terminal dan landasan itu boleh dipanjangkan atau diperbesar dan (mencari cara) untuk optimumkan semula Terminal 2 KKIA, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini, bagi menjawab celahan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) sama ada terdapat cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di negeri berkenaan.

Loke berkata Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga mempertimbangkan cadangan menaik taraf Terminal 1 KKIA untuk membolehkan pengendalian penumpang ditingkatkan daripada 9 juta penumpang kepada 12 juta penumpang setahun bagi mengatasi isu kesesakan.

Sebelum ini, media melaporkan pembinaan lapangan terbang baharu Sabah di Kimanis akan mengambil masa tiga hingga lima tahun sebaik kerajaan negeri meluluskan pemindahan semula KKIA ke satu lokasi di utara Sabah.

Dilaporkan, Qhazanah Sabah Bhd (QSB), cabang pelaburan strategik kerajaan Sabah, juga menjangkakan pemindahan KKIA akan dimulakan pada 2030, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi rakyat di negeri itu.

Dalam pada itu, Loke berkata inisiatif FLYsiswa iaitu bantuan subsidi tiket penerbangan untuk pelajar yang layak bagi perjalanan ke Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan akan diteruskan pada tahun hadapan dan dijangka memberi manfaat kepada hampir 60,000 pelajar.

Berhubung cadangan Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman supaya frekuensi penerbangan ke pulau bebas cukai itu ditambah, beliau berkata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan mengadakan perbincangan bersama syarikat penerbangan termasuk Batik Airlines untuk menambah penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Labuan.

Sebagai respons kepada cadangan supaya diwujudkan penerbangan antarabangsa terus ke Sandakan, Sabah, Loke berkata MOT tiada masalah untuk mengadakan penerbangan terus ke mana-mana lapangan terbang kerana negara mengamalkan dasar langit terbuka.

“Mana-mana lapangan terbang yang mampu menerima pesawat-pesawat komersial boleh terus dapatkan penerbangan berkenaan. Perkara ini merupakan keputusan komersial syarikat penerbangan sekiranya terdapat permintaan,” katanya.- Bernama

Hot this week

How many more journalists must die, RSF?

Rocky Bru...Despite killing over 200 journalists in Gaza, Israel...

Don’t expect Francis’ clone, every pope brings his own calling

Fr Gerard emphasised that each pope brings with him...

Pengerusi JKKK, Ketua Kampung harus bekerjasama rapat jaga kebajikan, kesejahteraan penduduk –  Dr Yusof

Pengerusi JKKK, Ketua Kampung N35 Sindumin yang hadir pada...

Calm and Moderation in GRS is paramount

Joniston...dissatisfaction must not be allowed to threaten the unity...

Fahmi Fadzil: James Ritchie’s passing a profound loss to media community

Tributes poured in following the passing of veteran journalist...

Topics

How many more journalists must die, RSF?

Rocky Bru...Despite killing over 200 journalists in Gaza, Israel...

Don’t expect Francis’ clone, every pope brings his own calling

Fr Gerard emphasised that each pope brings with him...

Calm and Moderation in GRS is paramount

Joniston...dissatisfaction must not be allowed to threaten the unity...

Fahmi Fadzil: James Ritchie’s passing a profound loss to media community

Tributes poured in following the passing of veteran journalist...

Veteran journalist, HAWANA 2024 honouree James Ritchie dies at 75

Veteran Sarawak-based journalist James Ritchie, who was honoured at...

The Evergreen “The Moon Represents My Heart – Teresa Teng”

By C C PungJustice of Peace YEARS  ago when KK...

ANAK NEGERI sedia tanding 20 kerusi DUN pada PRN17

Henrynus Amin KOTA KINABALU  : -  Parti ANAK NEGERI akan ...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img