Monday, March 10, 2025
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Kopolisan komuniti KPM dan PDRM pada program ‘1st Day back to school ‘

KUDAT: Ketua Polis Daerah Kudat Supt Mohd Harris Haji Ibrahim telah menghadiri Permuafakatan KPM bersama PDRM Program 1𝘴𝘵 𝘋𝘢𝘺 𝘉𝘢𝘤𝘬 𝘛𝘰 𝘚𝘤𝘩𝘰𝘰𝘭 di Sekolah St. Peter Kudat, awal pagi tadi.

Program ‘ 𝘉𝘢𝘤𝘬 𝘛𝘰 𝘚𝘤𝘩𝘰𝘰𝘭 ‘ merupakan inisiatif yang dilaksanakan secara kolektif antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ini diadakan pada hari pertama sesi persekolahan dibuka setiap tahun.

Objektif Program adalah meningkatkan keyakinan pihak sekolah bahawa PDRM komited dalam memastikan keselamatan warga sekolah.

Ia juga bertujuan mewujudkan hubungan mesra dan kolaboratif yang lebih mantap antara sekolah dan PDRM melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

Usaha ini diharap dapat mencegah salah laku murid sekolah daripada terlibat dengan kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral. PDRM Kudat

Popular Articles