Monday, June 23, 2025

RM3000 untuk 71 KIR mangsa kebakaran Kg. Tanjung Batu Keramat (Logpond)

TAWAU: Seramai 71 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran Kampung Tanjung Batu Keramat (Logpond) menerima sumbangan bantuan sebanyak RM3,000 daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Gelanggang Bola Keranjang, Kompleks Sukan Tawau pada Isnin.

Mereka masing-masing menerima Bantuan Wang Ihsan (BW!) Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM1000, sumbangan daripada Bahagian Zakat Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) sebanyak RM1000, Yayasan Kebajikan Negeri Sabah -RM700 dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah sebanyak RM300.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga akan memberikan bantuan sebanyak RM20,000 untuk bantuan pembelian bahan binaan rumah kepada 45 buah rumah yang musnah 100 peratus.

Manakala 7 buah rumah yang musnah kira-kira 30 peratus akan menerima bantuan RM10,000.

Beliau berharap dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa kebakaran terbabit.

“Inilah Kerajaan Negeri hari ini, sentiasa prihatin kepada rakyat yang ditimpa musibah kebakaran, kita santuni dan memberi bantuan lebih-lebih lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan.

“Dengan bantuan pembelian bahan binaan rumah daripada Kerajaan Negeri, diharap mangsa kebakaran akan dapat membina semua rumah mereka di tapak kampung itu yang merupakan rizab kampung yang sudah diwartakan,” katanya.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Haji Mohd Arifin bin Mohd Arif, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, Datuk Andi Muhammad Suryady Haji Bandy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui, ADUN Kukusan, Rina Jainal, ADUN Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg Amir, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Haji Awang Shahminan Sahari dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Joseph Pang.

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img