Sunday, June 29, 2025

Bank Rakyat tawar kad kredit edisi khas buat warga PDRM

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat buat julung kalinya menawarkan Kad Kredit-i Bank Rakyat edisi khas buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pelbagai faedah termasuk yuran tahunan dikecualikan dan 0% pelan bayaran ansuran.

Tawaran istimewa tersebut diumumkan dalam Majlis Pelancaran Kad Kredit-i Bank Rakyat Edisi Khas PDRM yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di Mess Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, petang Khamis.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Ayob Khan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Bank Rakyat kerana berkerjasama merealisasikan pelancaran Kad Kredit-i patuh syariah khas buat warga PDRM.

“Besar harapan saya semoga inisiatif yang disediakan ini mampu memudahkan urusan kewangan yang dihadapi warga Pasukan serta memberi manfaat kepada mereka yang bakal memilikinya. Adalah diharapkan, inisiatif ini tidak terhenti di sini sahaja, bahkan terus diperkukuhkan di masa masa akan datang,” ujarnya lagi.

Seusai ucapan, Dato’ Sri Ayob Khan menyempurnakan majlis dan sesi penyerahan “mock card” oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman kepada Dato’ Sri Ayob Khan dengan diiringi Pengarah Pengurusan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim.

Turut hadir, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, para pegawai kanan PDRM serta delegasi Bank Rakyat.

Buat warga PDRM yang ingin dapatkan maklumat lanjut atau memohon Kad Kredit-i Bank Rakyat Edisi Khas PDRM tersebut, boleh terus layari: https://brick.bankrakyat.com.my/CreditCard?productid=1036
Sumber: PDRMsia_Official

Hot this week

Judicial review – Peter Anthony’s fate will be known on July 9

KOTA KINABALU : - The fate of former Sabah...

MCA Libaran Urges PM to Review New SST Implementation

Chin...list of taxable goods to over 4,000 items would...

SANDAKAN : - Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, menggesa...

KLIA scolding incident a ‘blessing in disguise’ for new Datuk

Datuk  James Lee KOTA KINABALU : - One of the...

Can Sabah Emulate Sarawak?

Datuk James Ligunjang...The answer is Yes, by understanding the...

Topics

Judicial review – Peter Anthony’s fate will be known on July 9

KOTA KINABALU : - The fate of former Sabah...

MCA Libaran Urges PM to Review New SST Implementation

Chin...list of taxable goods to over 4,000 items would...

SANDAKAN : - Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, menggesa...

KLIA scolding incident a ‘blessing in disguise’ for new Datuk

Datuk  James Lee KOTA KINABALU : - One of the...

Can Sabah Emulate Sarawak?

Datuk James Ligunjang...The answer is Yes, by understanding the...

Bung Mokhtar dismisses PBS rejection claims as ‘political hallucination.

KOTA KINABALU  :  - Datuk Seri Panglima Bung Moktar...

ADUN Elopura beri maklumat kepada SPRM tentang isu salahguna kuasa rumah SMJ

SANDAKAN : - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.55...

PBS will stick with GRS in the coming PRN17

Dr Joachim Gunsalam...majority of the party supreme council members...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img