Wednesday, April 16, 2025

Kerajaan tidak berhasrat tutup platform media sosial termasuk TikTok: Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap dengan pendiriannya untuk tidak menutup mana-mana platform media sosial di negara ini termasuk TikTok seperti dilakukan beberapa negara lain ketika ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sebaliknya, beberapa langkah termasuk undang-undang lebih tegas sedang dipertimbangkan menerusi kerjasama lebih baik dengan platform media sosial berkenaan.

“Di Malaysia… saya ulang, kerajaan tidak berhasrat menutup mana-mana platform media sosial, tapi kita percaya, kita perlukan kerjasama lebih baik dengan platform-platform ini.

“Ada beberapa langkah yang sedang dipertimbang untuk pastikan jika ada isu keselamatan dalam talian bagi kanak-kanak terutamanya, isu bahan lucah dapati ditangani dengan lebih baik, termasuk jualan produk yang mungkin tidak patut.

“Jadi ada beberapa perkara ini sedang diteliti dan Insya-Allah kita akan tangani dengan lebih menyeluruh,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan mahu menutup TikTok atau mana-mana media sosial yang memudaratkan seperti diumumkan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Terdahulu, pengguna TikTok menyatakan kebimbangan susulan penggubal undang-undang di Washington akan mengundi hari ini untuk melarang pengunaan aplikasi tersebut di AS.

Perwakilan akan memperkenalkan rang undang-undang (RUU) yang akan mengharamkan TikTok daripada beroperasi di AS sekiranya ia tidak dijual pemiliknya dari China, ByteDance.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, isu larangan penggunaan TikTok di AS lebih kepada aspek pemilikan data, bukannya berkaitan aplikasi tersebut.

“Kalau kita lihat di negara-negara ini (yang melarang penggunaannya) dengan penyedia platform (TikTok) ada senario berbeza yang ingin mereka tangani. India sebagai contoh, TikTok ditutup sejak lima hingga enam tahun lalu.

“(Di) China (pula) TikTok tak wujud langsung. Aplikasi berbeza wujud di situ iaitu Douyin. Kalau di AS isunya lebih kepada aspek pemilikan data, bukannya aplikasi semata-mata. Jadi dari segi pemilikan itu yang dipersoalkan di AS,” katanya.

Untuk rekod, TikTok dibangunkan dengan teknologi China tetapi diharamkan di negara itu. Namun China memiliki aplikasi Douyin yang hampir sama dengan TikTok. – Scoop

Hot this week

Sabah Govt initiates tourism development for Pulau Berhala

Joniston...development to focus on 168 hectares of coastal area. KOTA...

Musa-Hajiji combination assures bright future for Sabah

By Datuk Teddy Chin APRIL 10, 2025 was a special...

Jannie Lasimbang Welcomes Long-Awaited Allowance Hike for JKKK Leaders

Chairman RM800, Secretary RM400 KOTA KINABALU : - Kapayan Assemblywoman...

Dennison Indang sokong cadangan penubuhan Unit Khas Pemantau Projek Rancangan Malaysia di Sabah

Dennison...Satu langkah yang amat tepat dan wajar dilaksanakan dengan...

Time for “political bravery” to be demonstrated in Sabah

Shafie Apdal...Sabah does not need more promises. Sabah needs...

Topics

Fitting heart felt tribute for Tun Abdullah Ahmad Badawi

By Datuk Kalimullah Hassan I said goodbye to Tun Abdullah...

PBS fokus pastikan GRS kekal terajui Sabah – Dr Joachim

KIULU :  - Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS),...

Time to bury the hatchet, says Salleh.

SEMPORNA : Sabah UMNO Treasurer Datuk Seri Dr Salleh...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img