Monday, June 16, 2025

Tornado menerbangkan bumbung bangunan di Lahad Datu

LAHAD DATU: Penduduk di Lahad Datu cemas selepas puting beliung melanda Kampung Batu 1, Jalan Segama, di sini, sehingga menerbangkan bumbung rumah mereka, petang tadi.

Fenomena yang jarang berlaku itu menerbangkan bumbung zink sehingga menyebabkan orang ramai ketakutan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Amad berkata
polis telah pergi ke tempat kejadian bagi mengesahkan kejadian benar berlaku.

“Atap bumbung beberapa bangunan kedai tercabut ditiup angin kencang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bangunan yang terjejas termasuk Chia’s Services Centre & Motorcycles dan Pertubuhan Peladang Kawasan Lahad Datu.

Dalam kejadian itu tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Penduduk di kawasan berkenaan memaklumkan hujan turun sebelum kejadian, namun cuaca bertukar cerah apabila puting beliung itu melanda dan ia berlarutan selama seminit.

Kerosakan yang dialami berlaku pada beberapa bahagian bumbung bangunan akibat angin ribut yang kuat menyebabkan atap bumbung bangunan kedai tersebut tercabut.

Anggaran kerugian yang dialami oleh kedua-dua kedai tersebut tidak dapat dipastikan setakat ini.

Setakat ini pihak polis belum menerima apa-apa laporan daripada orang awam.

Hot this week

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Topics

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img