Monday, June 16, 2025

Penerbangan ihsan jenazah wartawan Bernama Sandakan

SANDAKAN:Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah laksana penerbangan ihsan membawa Jenazah Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Sandakan Nur Adika Bujang, dari Sandakan ke Kota Kinabalu pagi Selasa.

Pesawat Caravan CE 208, 9M-PSQ PDRM milik PGU Sabah diterbangkan Kapten Pesawat ASP Chan Chee Veng dan Pembantu Juruterbang Inspektor Low Xi Hu serta Pemerhati SM Ellorean Glatter Philip berlepas dari Lapangan Terbang Sandakan pukul 10 Pagi, membawa jenazah yang turut diiringi Ibu dan adik arwah menuju ke Kota Kinabalu.

Supt. Ramasamy a/l Kuppan (Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan) mewakili KPD Sandakan turut berada di lapangan terbang bagi menzahirkan salam takziah pada keluarga arwah.

Pihak Keluarga arwah dan Pengamal media Sandakan terdiri media cetak dan elektronik mengucapkan setinggi-tinggi Penghargaan terima kasih kepada Warga Polis Kontinjen Sabah dengan penerbangan ihsan melalui Pasukan Gerakan Udara Pangkalan Sabah.

Sumber – PDRMsia_Official.

Sementara itu, jenazah arwah Nur Adika Bujang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Belud Sadok, Kinarut petang tadi.

Majlis pengkebumian dihadiri keluarga, saudara dan rakan-rakan termasuk kalangan warga media.

Hot this week

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Topics

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img