Monday, March 17, 2025

Program Rumah SMJ perkasa keluarga luar bandar – Joniston

Joniston menyerahkan kunci rumah SMJ kepada Waitin Banggang dari Kampung Ranau-Ranau.

KIULU: Ramai keluarga miskin di kawasan luar bandar Sabah melihat inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) sebagai penyelamat dari situasi sukar, walaupun ada sesetengah pihak yang mempersendakan slogan Jata Sabah tersebut.

Di Kiulu sahaja, lebih 40 keluarga telah pun mengalami impak transformatif daripada program rumah SMJ yang diterajui oleh kerajaan GRS-PH Plus sejak dua tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata, seramai 20 keluarga di kawasan beliau bakal mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut pada tahun ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan GRS turut berkata kesan inisiatif itu turut dirasai di seluruh Sabah kerana setiap DUN diperuntukkan 20 buah rumah SMJ.

“Impak SMJ merupakan ‘game changer’ (pengubah keadaan) dan tidak harus diperkecilkan.

“Sebelum kerajaan GRS-PH Plus, kawasan DUN Kiulu hanya diperuntukkan antara empat hingga lima buah rumah bantuan untuk golongan miskin tegar setiap tahun,” katanya.

Baru-baru ini, Joniston menyerahkan kunci rumah SMJ kepada penerima dari beberapa kampung di sini.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa terhadap ejekan dilontarkan oleh pihak pembangkang yang mengambil kesempatan untuk menjadikan usaha SMJ sebagai perbatuan politik tanpa mengambil kira kesan sebenar terhadap kehidupan rakyat Sabah.

Menyentuh tentang perubahan besar yang dibawa oleh kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Joniston sekali lagi menekankan pertambahan peruntukan yang diberikan kepada ADUN di mana RM3 juta diperuntukkan di bawah pentadbiran GRS-PH Plus berbanding RM1.5 juta di bawah kerajaan terdahulu.

“Peningkatan dana ini membolehkan kita menangani keperluan mendesak rakyat luar bandar secara berkesan.

“Ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan bantuan penting sampai kepada mereka yang memerlukannya serta memastikan wakil rakyat bertanggungjawab menguruskan dana mereka secara berkesan,” kata Joniston.

Dalam majlis penyerahan kunci rumah SMJ, penerima Waitin Banggang dari Kampung Ranau-Ranau berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberikan bantuan rumah dan kestabilan yang diperlukan kepada beliau.

“Selepas bertahun-tahun memohon dan gagal dalam percubaan mendapatkan bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), akhirnya memiliki rumah SMJ amatlah bermakna kepada keluarga saya,” katanya.

Stella Lonsiun dari Kampung Logkou Lama, yang telah dua tahun menantikan kelulusan rumah SMJ, berkata dia pada mulanya tidak tahu cara mendapatkan bantuan rumah.

“Terima kasih kepada sokongan dan bimbingan yang diberikan oleh ADUN kami dan pemimpin akar umbi, saya mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan usaha SMJ.

“Bantuan ini sangat diperlukan dan saya benar-benar bersyukur,”katanya.

Robert Kampadong dari Kampung Logub turut memuji kerajaan negeri dan menggambarkan komitmen SMJ sebagai telus dalam memperkasa kehidupan penduduk luar bandar.

“Bagi saya, inisiatif SMJ ini melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat dan saya berharap bantuan rumah ini diteruskan agar mereka yang masih menunggu kelulusan dapat merasai impak yang sama seperti keluarga saya,” kata.

Hot this week

Support PBS-STAR merger to strengthen political stability – Kalakau Untol

Kalakau...Now is the time to realise it. By Allan G...

KDM aims to establish Mini Sports Museum in Kiulu

Henry Saimpon…if we are in the government after PRN17 TUARAN:...

Discovering Heritage trees along Sandakan Heritage Trial

Dr Arthur, Lai, Wilson, Dr Joan and Lily. SANDAKAN :...

‘Kita mahu undi itu Perahu oh ini kali” – A sign that Warisan is set to pose a strong challenge in DAP’s stronghold

By Salman NurillahSocial Activist KOTA KINABALU; Amid the hustle and...

Hajiji: Dakwaan Kerajaan gagal hanya tanggapan pembangkang

SUKAU : - Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji...

Topics

Support PBS-STAR merger to strengthen political stability – Kalakau Untol

Kalakau...Now is the time to realise it. By Allan G...

KDM aims to establish Mini Sports Museum in Kiulu

Henry Saimpon…if we are in the government after PRN17 TUARAN:...

Discovering Heritage trees along Sandakan Heritage Trial

Dr Arthur, Lai, Wilson, Dr Joan and Lily. SANDAKAN :...

Hajiji: Dakwaan Kerajaan gagal hanya tanggapan pembangkang

SUKAU : - Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji...

Dr Joachim sampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kundasang

Dr. Joachim (tengah) bergambar bersama para penjaja yang menerima...

Program Bubur Lambuk JBPM Sabah Bersama Adabi dan Petronas Meriahkan Ramadan

KOTA KINABALU : - Semangat Ramadan terus disemarakkan melalui...

Phoong explores logistics and investment opportunities with J&T Express

KUALA LUMPUR : - Sabah Minister of Industrial Development...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img