Murid kolej vokasional Lahad Datu mati dipercayai dipukul rakan

Dr Rohan Shah menjadikan pemeriksaan dilokasi mayat pelajar ditemui. – Foto/PDRM

LAHAD DATU: Seorang pelajar lelaki ditemui mati di bilik asrama, dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah kolej vokasional, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas, pada 6.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan.

Katanya, mangsa adalah penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.

“Bertindak di atas laporan polis yang dibuat itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati, kejadian berlaku di tingkat dua bangunan asrama lelaki kolej berkenaan dan mendapati kejadian benar berlaku berikutan penemuan satu mayat remaja lelaki dalam keadaan terbaring di atas lantai di dalam sebuah bilik asrama kolej itu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa.

“Pihak polis mengenalpasti punca kejadian ialah perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain.

“Seterusnya mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, pihak polis telah menahan seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun manakala satu rampasan alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkait dengan siasatan kes ini.

“Setakat ini, polis juga telah mengesan tujuh saksi bebas di tempat kejadian untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikuti Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sementara itu, Dr Rohan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes ini dan polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci dari pelbagai sudut secara telus dan terperinci.

Hot this week

Support PBS-STAR merger to strengthen political stability – Kalakau Untol

Kalakau...Now is the time to realise it. By Allan G...

KDM aims to establish Mini Sports Museum in Kiulu

Henry Saimpon…if we are in the government after PRN17 TUARAN:...

Discovering Heritage trees along Sandakan Heritage Trial

Dr Arthur, Lai, Wilson, Dr Joan and Lily. SANDAKAN :...

‘Kita mahu undi itu Perahu oh ini kali” – A sign that Warisan is set to pose a strong challenge in DAP’s stronghold

By Salman NurillahSocial Activist KOTA KINABALU; Amid the hustle and...

Hajiji: Dakwaan Kerajaan gagal hanya tanggapan pembangkang

SUKAU : - Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji...

Topics

Support PBS-STAR merger to strengthen political stability – Kalakau Untol

Kalakau...Now is the time to realise it. By Allan G...

KDM aims to establish Mini Sports Museum in Kiulu

Henry Saimpon…if we are in the government after PRN17 TUARAN:...

Discovering Heritage trees along Sandakan Heritage Trial

Dr Arthur, Lai, Wilson, Dr Joan and Lily. SANDAKAN :...

Hajiji: Dakwaan Kerajaan gagal hanya tanggapan pembangkang

SUKAU : - Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji...

Dr Joachim sampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kundasang

Dr. Joachim (tengah) bergambar bersama para penjaja yang menerima...

Program Bubur Lambuk JBPM Sabah Bersama Adabi dan Petronas Meriahkan Ramadan

KOTA KINABALU : - Semangat Ramadan terus disemarakkan melalui...

Phoong explores logistics and investment opportunities with J&T Express

KUALA LUMPUR : - Sabah Minister of Industrial Development...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img