Sunday, May 18, 2025

Hiew tunaikan janjinya kepada penjaja Pasar Tanah Merah

SANDAKAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting Datuk George Hiew Vun Zin menunaikan janjinya kepada penjaja Pasar Tanah Merah.

Beliau memberi sumbangan berupa kanopi kepada setiap penjaja yang telah berpindah dari Pasar Karamunting ke tapak letak kenderaan di Pasar Tanah Merah, iaitu pasar lama Karamunting.

Hiew dan pasukannya menyerahkan sumbangan tersebut kepada para penjaja pada pagi Sabtu. Beliau turut mengambil peluang tersebut untuk menjelaskan kepada penjaja tentang status pemindahan mereka ke dalam bangunan Pasar Tanah Merah.

“Sebelum ini, saya telah pergi melawat tapak parking ini dan mendapati penjaja yang membuka gerai sehingga lebih kurang jam 10 pagi terpaksa berniaga di bawah matahari terik. Saya amat simpati dengan keadaan mereka lalu telah berjanji akan memberi sumbangan kanopi kepada mereka.”

“Hari ini saya telah menunaikan janji saya. Di samping itu, penjaja di sini memberitahu saya bahawa mereka risau melihat sebuah notis yang ditampalkan di Pasar Tanah Merah yang melarang penjaja untuk berjualan di kawasan tersebut, namun saya telah jelaskan kepada mereka notis tersebut adalah untuk menyekat penjaja luar yang tidak berlesen untuk membuka gerai di sana,” katan6.

Dalam masa itu, Hiew berkata beliau berharap kesemua pihak yang terlibat, termasuk pihak Majlis Perbandaran Sandakan akan lebih bersifat bertimbang rasa dan memahami keadaan penjaja yang terkesan yang telah menjadi mangsa keadaan apabila mereka diarahkan untuk berpindah bagi memberi ruang kepada kerja pembaikpulihan dan naik taraf di Pasar Karamunting.

Katanya, kebanyakan antara penjaja yang berkesan adalah mereka yang berpendapatan rendah, dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan daripada perniagaan sebagai penjaja pasar untuk keberlangsungan hidup.

“Marilah kita bersama-sama bekerjasama untuk membantu penjaja penjaja yang terkesan ini. Jangan percaya dan sebarkan maklumat dan khabar angin yang tidak tepat yang tidak akan membantu keadaan penjaja di sini,” tambah Hiew.

Hot this week

Bung Moktar: Talk without the support of action means nothing

KOTA KINABALU : Sabah UMMO Chief Datuk Seri Bung...

Native Court Reform Must Be Grounded in Law, Not Political Loyalty

By Daniel John JambunPresidentBorneo’s Plight in Malaysia Foundation (BOPIMAFO) KOTA...

Unconcerned about Sabah politics is negative attitude

By C C PungJustice of Peace The Sabah State election...

Sabahans decide their own destiny

By Anuar Ghani Information Chief, STAR THE proposal by Datuk Seri...

Topics

Bung Moktar: Talk without the support of action means nothing

KOTA KINABALU : Sabah UMMO Chief Datuk Seri Bung...

Native Court Reform Must Be Grounded in Law, Not Political Loyalty

By Daniel John JambunPresidentBorneo’s Plight in Malaysia Foundation (BOPIMAFO) KOTA...

Unconcerned about Sabah politics is negative attitude

By C C PungJustice of Peace The Sabah State election...

Sabahans decide their own destiny

By Anuar Ghani Information Chief, STAR THE proposal by Datuk Seri...

Sabah Teachers’ Union hails decision to allow transfer after 2 years

Murkam Hj Hussien KOTA KINABALU : - The Sabah Government...

Discrimination has no place in the Sabah Native Court Institution

William and Isaiah Majinbon William Majinbon...The Native Court must continue...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img