Sunday, July 13, 2025

Parti Sedar sudah kenal pasti 18 calon PRN

Dr Julia Emelda Ongkili….Parti Sedar dijangka tanding 35 kerusi.

KOTA KINABALU: Majlis Kerja Negeri Sabah, Parti Sedar Rakyat sudah mengenal pasti 18 calon pilihanraya di 18 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Timbalan pengerusinya Dr Julia Emelda Ongkili berkata parti itu dijangka akan bertanding sekurang-kurangnya di 35 kerusi DUN pada pilihanraya negeri ini.

“Pengerusi MKN, Prof Dr Ariffin Willie Muhamad, mengumumkan tiga lagi calon pada mesyuarat MKN Ahad lepas, sebagai tambahan kepada nama yang diumumkan sebulan lalu,” Dr Julia berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya calon yang dikenal pasti sedia dikenali di kawasan mereka kerana memang menyantuni komuniti masing-masing, dan walaupun menghadapi cabaran, mereka berjaya menyusun Cawangan DUN masing-masing.

“Parti akan menyambung jelajah selepas Hari Raya ini selepas jelajah di Gum-Gum beberapa minggu, ” katanya.

Pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan ekonomi juga sudah dan sedang dilaksanakan di bawah pimpinan Prof Dr Ariffin sendiri.

Dr Julia menjelaskan selaku pemimpin komuniti KDMR dalam Parti, beliau berkeyakinan rakyat sedang tertunggu-tunggu kehadiran nafas baru dan idea-idea baru yang mereka boleh menyertainya, menyokongnya serta mendapatkan faedah untuk masyarakat seluruhnya.

MKN Sabah mengutamakan Integriti kepimpinan dalam memilih calon, dan menumpu kepada Pendidikan dan Ekonomi sebagai saluran peningkatan mutu kehidupan keluarga Sabah, di samping pendekatan baru pengupayaan rakyat menerusi pelbagai inisiatif baru program dan projek yang bakal kami tawarkan dalam manifesto PRN nanti.

Mereka yang ingin menyertai Parti Sedar Rakyat boleh mendapatkan borang dan perlembagaan Parti dari Ketua-ketua rasmi Parti yang sudah dilantik di kawasan DUN.

Bagi kawasan yang belum ada Cawangan DUN, mereka boleh mendapatkannya dari Ketua-ketua Penaja Bahagian yang sedang dilantik masa ini, atau terus mengubungi saya atau Setiausaha MKN.

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img