KOTA KINABALU: Jabatan Perikanan telah menghantar anggota dari pejabat Kuala penyu ke tempat kawasan kejadian untuk memantau dan menyiasat damparan jelly fish yang begitu luar biasa dan padat.

Pengarah Jabatan Perikanan Azhar Kasim berkata lokasi damparan disepanjng lebih kurang tiga kilometer di persisir pantai Kampung Jangkit.
Menurut penduduk, pertama kali berlaku damparan obor-obor begitu banyak.
Jabatan telah mengenalpasti jenis jellyfish yang terdampar di kenal ‘tomato jellyfish’ atau nama saintifik Lobonemoides robustus, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Azhar obor obor jenis ini bukan jenis yang berbisa atau merbahaya tetapi, boleh memberi kesan gatal badan apabila tersentuh kulit.
Menurut sumber penelitian mendapati kepadatan populasi obor obor luar biasa berlaku kerana meningkatnya kadar pembiakan jellyfish oleh peningkatan suhu perairan laut.
Ianya juga berkait rapat dengan kewujudan sumber makanan seperti zooplankton, crustacea kecil, anak ikan di laut.
Kejadian turut dipengaruhi oleh faktor air pasang dan air surut yang mendadak menyebabkan obor-obor secara mendadak terperangkap dan terdampar di pantai.

Orang awam dinasihatkan tidak terlalu risau kerana obor obor jenis fragile iaitu mudah mati dan hancur hanya, mengakibatkan bau yang tidak selesa.
Ianya akan cepat hilang dalam tempoh 1-2 hari.
Elakan mandi laut di kawasn perairan yng didapati terdapat populasi obor2 tinggi.